Ibu ada followers ke??

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014 | Azam Baru

Hari ni hari terakhir bagi Tahun 2013... 31.12.2013
 Esok dah mula tahun baru, Tahun 2014 dan anak2 ibu pun dah mula bersekolah..
1.1.2014

Monday, December 30, 2013

Tupperware lagi

Tambah koleksi tupperware.. bekas ungu tu boleh guna utk buat puding or trifle.. bekas hijau tu bekas letak tisu. sangat cute.. hanya rm35 se.

Salam Perpisahan ~ updated

Hari ni round2 bandar cari hadiah untuk staf pejabat ibu yang akan berpindah ke Kelantan.. lama benar dah apply nak balik kelantan.. kali ni baru dapat.. sangatla happynya dia, Nurhafizah Hishamuddin.. nama panggilan pija.. memula dia masuk Audit dia terus masuk seksyen sama ngn ibu, seksyen Audit Syarikat.. then ibu bertukar ke seksyen PBT, tapi pija masih stay seksyen Syarikat.. tahun 2013 baru pija masuk PBT pulak.. dan sekarang beliau dpt tukar ke Bhgn Audit Dalam Dan Siasatan Am (BADSA) Kementerian Pertahanan. 

Semoga pija happy & dpt sesuaikan diri bekerja di tempat baru dan bahagia selalu disamping keluarga tersayang.. terima la cenderahati yang x seberapa ini dari KESKAT, yg dihias khas oleh ibu..

Sekian, wassalam

Yang benar,
Pengerusi Biro Kebajikan KESKAT

Sunday, December 29, 2013

Mandi alur

Hujung minggu ayah penuhkan masa lapang anak2 dgn bermandi manda di alur kat kebun getah ayah.. kebetulan lepas hujan, air alur pun jadi banyak dan deras. suka sangatla anak2 ibu dpt mandi alur.. ibu x join pn sbb tgh bendera merah.. x selesa nak bermandi manda kan.. ayah yg snap gambo2 ni dgn kamera hp nokia dia harga rm170.. haha.. gambo not bad.. boleh jugak ibu up kat blog family kita ni.. hihi.. tgk gambo je la :)

makan-makan malam minggu

 makan-makan malam minggu..
along tetiba request nak makan chicken chop
so ayah macam biasa suggest makan kat sini jer..
@ Water Front, Kuala Terengganu 
pernah cuba kat tempat lain tapi x berapa menepati citarasanya..

Thursday, December 26, 2013

Keletah farah ~ updated

Sekarang anak ibu, Farah Aqilah ni dah pandai melaram.. pakai celak dan lipstik sendiri.. ermmm ikut pandai adik la.. asalkan ceria selalu...
skaf berbunga merah ni hadiah bday semalam..
nak pulak adik pakai, tapi kejap je la..

Wednesday, December 25, 2013

Majlis Hari Jadi Yg Simple Utk Anak2 Ibu

23.12.2013
Happy birthday to my lovely son Muhammad Haiqal yg ke 7 tahun..
ibu plan nak buat majlis 23hb malam ( mlm semalam) tapi memandangkan kak G & family ke Kelantan, so ditangguhkan ke malam ni..
tapi niat sebenar bukan buat utk along jer, ibu nak buat untuk farah sekali memandangkan masa birthday farah hari tu entry disini ibu hanya beli kek & ayah belanja makan kat kedai..

Friday, December 20, 2013

Persiapan sekolah 2014

Sesi persekolahan 2014 akan bermula x lama lagi..
sempena birthday along yang ke 7 tahun, ibu decide belikan beg sekolah baru jer..
macam biasa, off course beg gambo ULTRAMAN.. kesukaan/minat along tu..
nak ikutkan beg sekolah tahun lepas still molek lagi..
tapi biasa la anak2 ibu, masuk tahun baru semua pun nak baru..

Wednesday, December 18, 2013

Rumah kita

Lately nak update blog thru phone jer.. senang. Otw ke tempat kerja pn boleh lagi update blog. Hihi
Weekend lepas ibu ada snap beberapa keping gambo halaman umah kita. Dan saje la ibu nak up gambo2 ni dalam blog. Boleh juga along & farah tgk masa dah beso nanti.. dan mana la tau in future ada rezeki lebih umah ni akan berubah wajah.. at least ada juga kenang2annya..

Tuesday, December 17, 2013

Jalan2 makan steamboat @ D'Ganu

Ahad lepas tetiba rasa nak makan steamboat. Ajak ayah makan kt kedai D'Ganu Pulau Duyung sebab katanya kat situ sedap.. lepas maghrib kita gerak.. 1st time ke sini tercari2 jugak.. tapi x susah pn nak cari.. hehe
Jom pakat layan gambo2 kat bawah..

Tuesday, December 10, 2013

Mak oh mak | tok oh tok

Nak dijadikan cerita mak mertua aka tok along farah telah menjalani pembedahan mata (minor operation) pada 8.12.13 utk buang selaput mata sebelah kiri dan laser sikit pendarahan yg ada dibelakang mata tersebut. Biasa la orang ada penyakit kencing manis, darah tinggi ni.. Asalnya tok rasa kabur x nampak. Bila cek doktor, dia suggest pembedahan mesti dibuat utk elak perkara lebih buruk berlaku.. patut r tok biasa kata pening & sakit kepala. Bila cek doktor, darah tinggi ok! Rupanya pendarahan belakang mata tu yg membuatkan tok sakit kepala.. sian tok..

Dan semalam (9.12.13), tok dah boleh keluar hospital. Alhamdulillah.  Ibu berdoa semoga xde apa2 kesan negatif kesan dari pembedahan tersebut. Contoh macam jangkitan kuman dan sebagainya.. semoga cepat sihat tok!! InsyaAllah mudah2an.

Saturday, December 7, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yg ke 10 tahun


7 Disember 2003 - 7 Disember 2013
Happy 10years Anniversary to Ayah & Ibu..
Alhamdulillah.. kekal bahagia hingga 10 tahun.. Walaupun kadang kala badai datang melanda, maklumlah pasangan muda, masing2 ada angin pasang surut tapi Alhamdulillah semuanya dapat di atasi dgn sikap sabar dan bertolak ansur. payah jugak kdg2 nak sabar tu kan..hahaha. memang itu la yg penting dalam hubungan suami isteri kan? InsyaAllah berkat doa & nasihat daripada orang tua, kami usaha yg terbaik untuk kekalkan keharmonian dalam rumah tangga.. yang x elok dibuang dan yang baik dikekalkan.. InsyaAllah..

Plan asal kita, kita nak balik Johor.. then nak ronda2 JB tempat2 sejarah ibu dan ayah bercintan2 dlu.. hehe.. then nak round2 legoland.. x penah pegi lagi kan kan... tapi apa nak buat.. banjir pulak melanda teruk bandar kuantan, pekan.. jalan terputus nak balik kampung. Nak berjalan2 pun x best musim2 hujan ni.. insyaAllah, masa banyak lagi. Ada rezeki kita balik lepas2 banjir nanti..

Hadiah anniversary pulak mcmana yer ayah?  tahun2 sebelum ni mesti ada hadiah dari ayah.. hadiah biasa2 je pun.. tapi tahun ni xde hadiah da.. sedih.. sbbnya saving ayah dah merundum.. dgn habis ke urusan tambun tanah umah baru dia.. dgn standby 20k deposit keta ibu yg dah lama order sejak bulan 8 lagi tp xdpt2 smpai skrg... ermm... skrg plk banjir.. xde nyer la nak dpt kan.. sabo je la..

Ibu berdoa agar kebahagiaan ini kekal hingga ke akhir hayat, dengan kehadiran 2 cahayamata amanah Allah yg agak nakal, aktif dan cerdik ni (setakat ini).. dan mudah2an Allah sentiasa murahkan rezeki kita serta memberkati hidup yang serba sederhana ini hingga ke akhir usia... Amin Ya Rabbal 'alamin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...