Ibu ada followers ke??

Monday, September 30, 2013

Selamat Hari Lahir Anak Ibu Sayang | Farah Aqilah | 5 tahun

29 SEPTEMBER 2013
Pada tarikh ini, 5 tahun yg lepas merupakan bulan puasa.. tahun 2008.. Alhamdulillah, walaupun sarat mengandungkan adik tapi ibu masih bertenaga memandu kereta ke tempat kerja (30+km sehala), juga boleh puasa penuh hinggalah hari melahirkan adik..
Pada 29 Ramadhan 1429H ibu selamat melahirkan adik.. 
( 1 hari je ibu kena ganti puasa. huhu)


Pengalaman ibu melahirkan amatlah mudah.. Syukur Ya Allah..
masa berbuka puasa dah mula kontraksi.. 
kemudian ibu tunggu ayah siap berbuka dulu, solat kemudian baru la ibu ngadu sakit & nak ke hospital..
samapi2 hospital Kuala Berang lebih kurang jam 7.10 malam..
nurse cek, prepare lebih kurang sebab bukaan dah 9cm, x sempat nak pakai peralatan bersalin yang lain, akhirnya ibu selamat melahirkan adik.. nurse sorg je masa tu yg sambut adik.. yang lain pegi solat Maghrib dulu..
 ibu jugak yg x sempat solat..haha
Alhamdulillah, memang semuanya dipermudahkan olehNya..
 Farah Aqilah lahir dengan berat 2.96kg jer.. halus je badan..
tapi ibu x sangka sekarang sudah membulat.. 
orang tanya mana yg sulong? 
yg perempuan ke yg lelaki..hahah..

along dengki nak kek jugak..
along kata ibu x sayang dia sbb beli kek untuk adik jer..
ibu pun terang kan hari lahir masing pada bila2.. 
birthday along pada bulan Disember nanti.. So ada 2,3 bulan lagi..
Along kata ''ibu, boleh x ibu awalkan hari jadi saya?''
lawaklah along ni :)
Adik nak marah sbb lambat sangat nak potong kek..
kami tengah tunggu ayah bersiap2 nak kuar makan kedai.

 ok.. kami dah mula nyangi lagu birthday untuk adik...
''Selamat Hari Lahir..''
adik malu ~



tiup lilin.. tu yg x sabar adik nak buat..
 sayang adik selalu :)

lepas potong kek, x makan pun terus keluar ke bandar..
ayah nak belanja makan sempena hari jadi adik..
tanya adik nak makan apa, nak makan chicken chop katanya ~

birthday girl tido otw ke bandar
ibu plan nak ajak ayah makan di TTI, ada gak chicken chop situ, tapi ayah kata takut x sedap..
dah biasa makan kat Waterfront Pulau Kambing.. sedap, so tuju ke sini je la...
Zie's Corner
 apa la yg dikatakan oleh along tu ?


 adik cuit2 lampu, maklumlah kat umah kita xde.. haha

 princess ibu
 menu ayah: lamb chop
 menu ibu : beef steak
 menu along & adik: chicken chop
 adik potong ayam penuh emosi.. siap kerut muka2 lagi.. haha
 makanan x habis lagi, terus merayap.. ke sana ke mari.. haihhh x boleh dok diam langsung
nak balik dah..

ibu doakan adik sihat selalu, menjadi anak yg solehah, pandai jaga diri, jaga nama keluarga, anak yang berbakti kepada ayah & ibu serta bahagia di dunia & akhirat...
adik kena tahu ibu ayah sayang adik sangat2.. dan kalu ada ibu ayah marah adik tu sebab kami nak mendidik adik untuk menjadi manusia yang berguna..
Semoga ibu ayah panjang usia untuk melihat kejayaan adik di masa akan datang.. Amin..
Sayang adik sangat2.. mmuuuaahhhh

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!! 

2 comments:

  1. farah still pnggil adik..lmbat lg la tu nk dpt adik ...:p

    ReplyDelete
  2. Hehehe..insyaAllah sampai masa jadi la kakak si farah ni :)

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...