Ibu ada followers ke??

Tuesday, September 23, 2014

Ombak Rindu ( Cover ) - Irwan Azly & Cassidy Anderson



lagu ombak rindu ni pun best jugak.. salute!

LARA LAGI (Cover) by Cassidy Anderson [Adira]



Siapakah Cassidy Anderson??
Suka tengok youtube, lagu2 cover by her.. teruja dengar dia nyanyi lagu2 melayu..

Just for fun :)

Sunday, September 21, 2014

Makan Gulai Lagi | Cuti Sekolah

Cuti sekolah akan tamat 2 hari lagi tapi majlis kawen/makan gulai tetap ada..
hari ni Jumaat, 19.9.2014, kita ke majlis opismate ibu, juga satu seksyen iaitu En Saiful.. satu2nya staf Audit yang belum kawen..
tapi hari ni majlis kat umah isterinya.. majlis kat umah Cik Saiful esok tapi kita x dapat nak attend sebab kita akan ke Felda Jengka, hantar Kak Nurul ke rumah abe Wan...

 lepas solat Jumaat kita gerak ke rumah Cik Saiful

Wednesday, September 17, 2014

16 SEPT 2014 | HAPPY MALAYSIAN DAY!! | mandi manda

 15.9.2014, Isnin 
hari ni adik ikut ibu gi opis.. sebabnya hari ni kat opis xde orang..
sebahagian outstation dan sebahagian mengikuti rombongan ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan seorang staf Audit..
ibu malas nak join sbb tengahari nanti nak tengok along kat hospital..
gambar bawah ni ibu ajak adik sarapan pagi kat bustand Kuala Trg..

Sunday, September 14, 2014

derma darah lagi | HSNZ

 14.9.2014 Ahad..
rutin ibu bila along ada di wad.. jam 12.30 tengahari ibu dah gerak ke hospital
lepak2 kat katil along, borak2 ngan ayah.. maklumlah lama x jumpa.. ooopppsss :)
jam 2.00 petang, time nak balik opis, dengar announcement tentang derma darah...
apalagi, amik peluang la...
hari tu sehari sebelum bulan puasa x boleh nak derma sebab x cukup 6 bulan lagi dari tarikh terakhir derma...
jom kita derma!

Selamat Pengantin Baru | Nurul Syahidah Manaf | Telok Kalung Kemaman

Ibu dah janji nak post entry penuh majlis Kak Nurul kan??
ibu dah dapatkan gambar2 dari hp ayah tapi x banyak mana pun.. chehhh :(
jom r layan je mana yg ada.. hehehe

along masuk wad lagi

10.9.2014, Rabu
pagi seawal ibu pegi keje, ayah & along ikut sekali ke bandar..
Ayah nak hantar along ke hospital besar Kuala Trg, HSNZ sebab demam.. menggigil2 badan along..
demam sejak semalam, tapi dah bawa pegi klinik 1 Malaysia, cek tekanan darah pun ok cuma suhu badan along kejap ok, kejap panas semula...
tu yang decide nak bawa ke HSNZ terus, bimbang demam disebabkan penyakit yg dah sedia ada tu...
along menggigil2 kesejukan,, tu ibu peluk erat2 tu.. kesian along... memula pegi ke Pediatrik dulu, lastly kena pegi ke kecemasan pulak sebab doktor xde kat Pediatrik..

Hari Sukan Audit | sesi pemilihan di Wisma Audit Kelantan

 11.9.2014, Khamis
Ibu & beberapa staf Audit Terengganu pergi ke Audit Kelantan untuk pemilihan pemain pantai timur, wakil ke Hari Sukan Audit yang akan diadakan di Kedah pada 21.11.2014 nanti..
Seawal 7.00 pagi kami dah gerak ke Wisma Audit Kelantan dgn menaiki 3 kenderaan jabatan kesemuanya..
Pemilihan dibuat di Kelantan sebab Pengarah Audit Kelantan telah dipilih menjadi Ketua Kontinjen Pantai Timur.. tu yg buat kat sana tu...

Tuesday, September 9, 2014

Aktiviti Pra Sekolah SK Tanggol | KFC Kuala Berang

 20.8.2014, Rabu
ibu lupa nak post entry ni, adik & kawan2 pra sekolahnya pegi makan kfc kat bandar Kuala Berang..
Aktiviti ni cikgu buat untuk meraikan hari lahir anak2 muridnya..
Dan kebetulan pada hari ni, ibu & ayah bawa along ke HKL untuk ujian DMSA Scan...
ibu memang saja suruh adik bawa kamera & minta tolong pembantu pra, Kak Tie amik gambo untuk kenang2an adik nanti...

Sunday, September 7, 2014

Exam Online Kastam 2014 --> Contest Mewarna @ PPAT

Entry sebelum ini, ibu ada cerita akan seat exam lagi utk Penguasa Kastam W41 .. DISINI..
persiapan untuk menjawab exam pun telah dibuat seawal 3,4 hari sebelum 6 Sept..
tup tup... 5.9.2014, jam 7.39 petang ibu dapat email dari pihak SPA mengatakan yang ibu dikecualikan daripada seat exam keesokan harinya memandangkan ibu adalah calon simpanan bagi jawatan tersebut...
memula dapat email mcm x percaya kan.. ye la, bukan opis hour.. tetapi bila ibu tanya kawan2, betul la tu agaknya..
dengan email tu di 'cc' kpd 'orang kuat' SPA dan calon2 simpanan yang lain lebih kurang 80 orang... 



aksi Farah Aqilah ber'shawl'

 Sedang ibu leka testing2 tudung bawal ibu baru beli, datang minah tembam ni nak pakai shawl..
katanya nak pakai macam ibu pakai pegi keje..
so ibu layankan je la..
kebetulan ada 1 shawl bersaiz kecil bagi ibu..  lain2 dah selamat mendapat tuan baru.. hehe

Monday, September 1, 2014

Majlis Menyambut Menantu | Shah Alam

 30.8.2014, Sabtu
Seawal 7.00 pagi bertolak dari rumah ke rumah ayahteh untuk naik bas, rombongan ke Seksyen 17, Shah Alam, menghadiri majlis persandingan Kak Fiza di rumah keluarga suaminya..
Majlis Kak Fiza hari tu kat Trg pada 7.6.2014.. Entry DISINI
  

seat exam Penguasa Kastam W41 lagi!

 Pada 29.8.2014, Jumaat
ibu & the gang ada taklimat peperiksaan online dan tips untuk temuduga bagi jawatan Penguasa Kastam W41...
btw, ibu bekas simpanan bagi jawatan ini yang telah tamat tempoh pada Ogos 2013.. genap setahun... 
entry DISINI

Aktiviti petang anak2 ibu

 kejadian masa 14 Syawal hari tu..
lupa nak masuk blog kita utk tatapan anak2 ibu..
jom temgok je la gambar anak2 ibu main basikal & scooter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...