Ibu ada followers ke??

Sunday, September 14, 2014

derma darah lagi | HSNZ

 14.9.2014 Ahad..
rutin ibu bila along ada di wad.. jam 12.30 tengahari ibu dah gerak ke hospital
lepak2 kat katil along, borak2 ngan ayah.. maklumlah lama x jumpa.. ooopppsss :)
jam 2.00 petang, time nak balik opis, dengar announcement tentang derma darah...
apalagi, amik peluang la...
hari tu sehari sebelum bulan puasa x boleh nak derma sebab x cukup 6 bulan lagi dari tarikh terakhir derma...
jom kita derma!

 kempen ni buat kat lobi bawah jer..
x ramai mana pun yang menderma masa ibu kat situ... sorg perempuan/wanita pun xde...
mungkin sebab tempat open kot... tapi ibu rasa ok jer.. kita akan diselimutkan nanti... 
 selfie jap.. muka pucat jer...
kata nurse masa amik tekanan darah tadi ''tekanan darah puan ni rendah sikit la...100/89.. pening x?? ok ke?''
ibu kata ok jer :)
Nurse yg cucuk tangan ibu
 ready nak kena cucuk
 tengok hujung sana tu.. ada mesyuarat mak/pak guard lagi...


dapat sticker keta ni
 dan pen ni jugak.... TQ HSNZ
Mudah2an anak ibu along haiqal sihat cecepat yer sayang...
ibu derma darah dengan ikhlas, bukan niat nak menunjuk2 sebab mungkin ada org fikir ibu nak menunjuk2.... apa la agaknya yg nak ditunjukkan tu kan?haha

tapi...

ibu nak anak2 ibu tahu yang menderma darah ni bagus utk kesihatan...kita pun dpt bina sel darah baru.. bukan tu jer, yg paling penting boleh sambung nyawa orang yang memerlukan dan jangan takut untuk menderma (takut habis darah).. darah x akan habis sayang....

ibu x banyak duit nak derma kat orang, seadanya boleh la.. tapi insyaAllah darah ibu ni kalu boleh dipakai, ia boleh menyelamatkan nyawa orang lain.. InsyaAllah...

Apa yg ibu takutkan, esok2 bila hari anak ibu memerlukan darah, darah x cukup pulak... mana tau kan??? 
so sad :'(

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...