Ibu ada followers ke??

Sunday, September 21, 2014

Makan Gulai Lagi | Cuti Sekolah

Cuti sekolah akan tamat 2 hari lagi tapi majlis kawen/makan gulai tetap ada..
hari ni Jumaat, 19.9.2014, kita ke majlis opismate ibu, juga satu seksyen iaitu En Saiful.. satu2nya staf Audit yang belum kawen..
tapi hari ni majlis kat umah isterinya.. majlis kat umah Cik Saiful esok tapi kita x dapat nak attend sebab kita akan ke Felda Jengka, hantar Kak Nurul ke rumah abe Wan...

 lepas solat Jumaat kita gerak ke rumah Cik Saiful

adik, x makan macamana.. baru bangun tido
 along... kena paksa makan.. adik x makan x apa sbb dah beso.. hahaha

mek Cik Saiful, Cik Saidatul Akmal... masa ni Cik Saiful x sampai lagi.... so x dapat nak jumpa pengantin lelaki...
 Gambar dari whatsapp group Audit..
sama cantik sama padan.. macam pinang dibelah 15.. hehe
 
  Teluk Kalong, Kemaman... 
lebih kurang jam 4.30 petang kita sampai..
umah baru ayahde... cantik..
akhirnya impian menjadi kenyataan... ayahde ni memang seorang yang berjimat cermat... 
rumah siap TANPA loan!  memang salute kat ayahde!
keje dari bujang sampai sekarang kat Perwaja dan baru pencen bulan lepas.. sekarang sambung berniaga jual sayur.. Alhamdulillah rezeki x putus..
Setelah Allah uji makde dengan penyakit seperti dalam entry ni, dan selepas itu Allah murahkan rezeki mereka.. 
kita tumpang happy je la :)
 menurut ayahde umah ni siap ngan kos RM200k+.. tu pun sbb ayahde jadi perunding + kontraktor sendiri.. beli barang sendiri.. puas hati.. tukang buat orang Indon.. kalu kontraktor yg buat, mesti lebih dari tu.. 
ni pun x siap sepenuhnya lagi... masih ada bahagian luar rumah yg perlu di touch up..
 ibu tumpang posing je la.. haha
plan nak gi pantai tapi x jadi sebab nak maghrib dah...
muka adik yg comot lepas main

 habis muka merah menyala kepenatan.. along tu x ingat langsung yg dia x berapa sihat.. bila dah main x ingat dunia..

 lepas mandi dah wangi2.. adik riba kilah.. sepupunya..


 pagi dalam pukul 8.30 pagi bertolak dari rumah ayahde ke Felda Jengka 1... umah asben Kak Nurul
adik masam muka sebab x nak pakai tudung dulu.. nak sampai baru nak pakai katanya~
adik dengan jari2nya yg berinai
 selfie lagi


 benti rehat kat R&R Maran



 syahirah (adik pengantin) & sepupunya
 semek.. semek



 sempat lagi tambah lipstik,, hihi



 keje selfie je 2 beranak kat seat belakang
 singgah bersanggah kat umah kawan asben Kak Nurul aka abg Wan.. jarak dalam 100meter jer dari rumah dia..


 comelnya adik syakila pakai tudung..
 Kak Nurul dan adiknya, Syafinaz (baju pink).. sama cun kan??
baju jubah hitam tu maklong dan baju merah tu pulak maksu sebelah mak Nurul..

 berarak tengah panas




 
 rombongan dari Kemaman x ramai mana pun, 3 keta, 1 MPV dan 2 van..





 lepas makan dok dalam umah abg wan jap.. panas sangat.. merengek semek farah nak buka tudung..
 xde pelamin kat umah abg wan.. kita bergambar kat luar umah je la.. x lama pastu kita pun beransur balik



ayah dah bersedia nak balik ni


 mek farah nangis nak ajak balik dah ni.. panas katanya.. nak buka tudung pun yer jugak.. ada2 je anak ibu ni..



 tudung sudah melayang... haha


 jam 7.00 petang kita pun sampai umah..
x lupa sebelum tu kita singgah Kg Jerung, Marang ada jemputan makan gulai jugak.. masa sampai dalam pukul 6.15ptg makanan masih ada lagi, boleh la makan sikit..  amik syarat jer.. majlis umah waris2 Tok juga..
Sekian~

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...