Ibu ada followers ke??

Sunday, September 7, 2014

Exam Online Kastam 2014 --> Contest Mewarna @ PPAT

Entry sebelum ini, ibu ada cerita akan seat exam lagi utk Penguasa Kastam W41 .. DISINI..
persiapan untuk menjawab exam pun telah dibuat seawal 3,4 hari sebelum 6 Sept..
tup tup... 5.9.2014, jam 7.39 petang ibu dapat email dari pihak SPA mengatakan yang ibu dikecualikan daripada seat exam keesokan harinya memandangkan ibu adalah calon simpanan bagi jawatan tersebut...
memula dapat email mcm x percaya kan.. ye la, bukan opis hour.. tetapi bila ibu tanya kawan2, betul la tu agaknya..
dengan email tu di 'cc' kpd 'orang kuat' SPA dan calon2 simpanan yang lain lebih kurang 80 orang... 



Alhamdulillah.. sebelum ni pun memang ibu ada kol pihak SPA tapi mereka kata tempoh simpanan dah tamat, tu yg ibu pun redha je la..
rupa2nya ibu baru tahu salah seorang calon simpanan ada bagi email ke Tan Sri Pengerusi SPA, mengadu masalah 'status simpanan' ni..
ibu assume maybe Jumaat, 5hb tu mereka habis meeting lewat.. tu sebab kami pun dapat email lewat jugak.. ada logik x??

tapi kira adil la kan... calon simpanan ramai lagi tapi kami kena seat exam pulak.. memangla x puas hati.. sebabnya kami dulu siap seat exam tanpa kalkulator, siap kena buat esei BM & BI lagi.. pastu siap ngan assessment.. macam2 kena buat masa assessment tu..
dorg amik BMI (bacaan ideal antara tinggi & berat), kena test kawad kaki, ada ujian kecergasan & fizikal, ada presentation, ada public speaking dll...
So sewajarnya pihak KDRM amik kami2 yg simpanan ni dulu kan???

Calon kali ni lebih ringan, lepas lulus exam online terus interview.. Alasannya nak 'segera'...
Sepatutnya sebab nak segera tu la kena amik yg 'simpanan' ni dulu kan??? hehehe.. panjang pulak ulasannya...

*************************************************************************
So pada 6.9.2014, Sabtu - ibu ke pejabat jugak sebab nak buka pintu opis.. Cik Marita dan Cik Nora nak seat exam di pejabat.. lebih selesa...  Seawal 7.45 pagi kita dah sampai di pejabat...
 Farah aqilah manis bila ber 'shawl'
 satu2nya shawl ibu kategori singkat sesuai untuk adik..

 Cik Marita sebelum start exam..
 ni contoh paparan di monitor sebelum soalan keluar.. still waiting
 ni Cik Nora.. tumpang dok kat meja Cik Yatie Hamat.. siap bawa bodyguard tu.. huhu~

Hikmah ibu x payah seat exam hari ni, dapatlah ibu bawa anak2 pegi ke pertandingan mewarna di Perpustakaan Neg Terengganu. sebelum tu kita bergambar dulu ...
 bawa Deknor sekali bimbang dia kepuasan dok lama kat opis, kang ganggu mama dia nak exam.. 
deknor & along x bawa pensil warna.. mulanya along plan x nak join contest tu tapi bila ibu kata nak belikan pensil warna baru untuk adik & deknor, maka along pun nak join sama.. bertuah punya along... ibu pun beli pensil kaler yang murah2 jer kat Mydin.. tapi ok la warna2nya.. berkualiti la jugak..

 sampai kat Perpustakaan lebih kurang jam 8.30 pagi.. ibu takut lewat daftar.. rupanya x lewat..
jumpa ayah kat sini.. sebenarnya hari ni ayah gi jual buah2 kat pasar borong di Gong Pauh.
pukul 5.00 pagi dah keluar umah, so dalam pukul 7.30pagi setel dah keje ayah... disini la kita jumpa.. ayah pun nak tengok jugak bakat  anak2 dia mewarna.. hehe
adik & deknor sebelum mula pertandingan
 ramai jugak yang datang bawa anak2... ibu rasa Perpustakaan ni biasa anjurkan pertandingan mewarna mcm ni, cuma kita je x tahu.. tapi tahun ni baru ibu ada peluang nak bawa anak2 ke sini...

 beratur panjang nak daftarkan nama anak2 & deknor

 tengok tali belang2 merah putih tu.. tu ialah sempadan antara kanak2 kategori pra sekolah dan tahap 1 (7-9 tahun)..
along nak duduk dekat ngan adik & deknor..
boleh pulak anak2 ibu suruh ibu duduk kat diorang.. alasan: takut.. ermmm~ :(



 mereka tengah tunggu kertas lukisan..




 alahai along.. ibu tengok along ni macam x berminat pun nak mewarna.. kelihatan along cool jer.. lambat pun yer...
macam cepat bosan.. kaler kejap pastu rileks.. isskkk.. ibu yg push cepat sikit.. 
rasanya masa untuk mewarna 1.30 jam bagi kategori pra sekolah dan tahap 1.. 2 jam bagi tahap 2.. kalu x silap la..



 tengok hadiah utama utk pemenang tu.. hamper beso giler..
macam2 gaya dorg mewarna.. ada jugak yg cerdik bawa meja kecik.. mungkin dorg ni biasa dah menyertai pertandingan ni kot..

 kerja mak ayah tukang snap foto je yer.. untuk kenang2an...



 adik kata ''ibu amik gambo saya warna ni ibu, tunjuk kat ayah''..
nak sangat ayahnya tengok hasil tangan dia tapi ayah dok lepak jer.. haha
 deknor pulak tunjuk hasil kerjanya
Cik Yatie Hamat pun ada, bawa anak2.. kisahnya, anak sulongnya Ariff x bawa pensil kaler sebab tinggal kat sekolah.. so Ariff pun pinjam kaler pensil adik sebab tadi adik ada bawa dari rumah.. adik pakai pensil kaler baru.. Dengarnya, Ariff dapat 'saguhati' kategori tahap 1..
 itu dia Ariff


 ayah & ibu setia menanti :)
 Adip.. adik Ariff

 ibu sempat lagi selfie sementara tunggu anak2 siap mewarna
 tetiba nampak budak tecik comel ni.. anak Cik Nurul, opismate ibu... umminya x nampak pun.. anak2 je yg ibu nampak.. yg berdiri tu Amirah, adik.. kakaknya, Atiqah tengah duduk mewarna pakai baju tshirt  merah.. betul2 depan adik & deknor
 Amirah yg cute


 ibu suka tengok hasil warna budak cina 2 orang beradik ni.. 
peralatan mewarna cukup lengkap.. mesti menang ni..
 ni satu lagi.. guna kaler magic + crayon

 daripada 3 orang, memula ibu tengok mcm along yg lambat sekali sebab banyak lagi yg belum warna.. tapi rupa2nya mek farah yang lambat sekali.. hihihi
deknor siap dlu.. dan dapat hamper dulu..
 ni hasil adik.. paling lambat siap antara 3 orang.. tapi still in time..
 ini hamper deknor dapat lepas hantar lukisannya... bagus penganjuran pertandingan ni.. kanak2 yang dah siap mewarna akan dapat hamper sorang satu... off course la budak2 ni suka kan.. :)
 adik masih x siap lagi.. penat la.. pensil warna tumpul la.. ibu la yg tukang korekkan pensil kaler dia.. hehe

 
 hasil along.. cincai boncai je kaler.. janji siap dan boleh dapat hamper macam budak2 lain.. along memang dah tahap malas paling maksimum ni.. along kata ''boleh x kalu saya x kaler habis ibu?''
ibu jawab kalu x kaler habis, x dapatla hamper mcm deknor.. hehe~
akhirnya~


 
adik bertukus lumus menyiapkan lukisannya
 deknor & hampernya



 ada jugak deknor tolong adik kalerkan latar belakang lukisan sebab nak cepat siap..padahal ada 30 minit lagi.. tapi akhirnya kena tegur dengan pemerhati supaya x tolong kawan.. haha.. 
suka ibu tengok gelagat kanak2 riang nih~

tu dia adik dah dapat hamper sebab siapkan mewarna.. siap suruh ibu teman lagi.. tadi masa along, deknor yang tolong temankan amik hamper...
 tiga2 dah dapat hamper masing2..







 lama pulak anak dara ibu ni bertahan pakai shawl.. ada jugak bunyi nak buka tudung tapi ibu bagi semangat supaya tahan sikit.. tengok deknor x buka2 pun tudung dia..
 habis waktu mewarna, kanak2 dijemput untuk join acara 'kerusi berirama'...
deknor keluar round yang ke 2, along round ke 4 dan adik round ke 5...
 time ni ibu pun x concentrate tengok anak2 ni bermain sebab time ni ibu tengah tolong jawabkan soalan member ibu yg sedang seat exam Penguasa Kastam.. soalan Math.. member ibu whatsapp la soalan dan ibu tolong kirakan.. haha.. kelako x??
x ape la.. ibu nak kawan2 ibu pun dapat jawab & kalu boleh dapat jawatan ni sama2... ibu sendiri pun x pasti lagi dengan status 'simpanan' tu.. tunggu surat pelantikan dulu.. ada rezeki dapat la InsyaAllah...~



selesai anak2 main acara ni, ibu terus balik pejabat semula sebab ibu nak tengok kawan2 ibu seat exam...
mama deknor sampai ke sudah x boleh buka soalan..
Cik Marita siap menjawab tapi itu pun macam2 masalahnya..
haisshh memang x berjaya la exam online kali ni...
hanya 67% yang berjaya jawab soalan, itu pun ada yang dah jawab semua tapi kat summary tu kata ada 6 soalan masih belum berjawab (contoh).. padahal semua dah di tick.. ntah.. sian gak kat member2 ibu...
tu belum lagi 2 orang kawan ibu, Cik Nora dan Cik Yann yang x dapat buka soalan sampai ke sudah... ermmm :(...
kalu ibu pun seat exam, pasti hadapi masalah yg sama sebab ibu punya server no 53... (server no. 40-57 bermasalah).. 

xpe, boleh report kat SPA dan boleh seat exam semula later.. 




Then, dalam pukul 12.30 tengahari mcm tu, kawan ibu Cik Yatie Hamat pun call bagitahu yang adik dapat 'saguhati'.. ermmm ibu amatlah konfidennya yang anak2 ibu x menang pun sebab kaler biasa2 jer.. rupanya ada rezeki adik.. hihi
ibu  minta tolong Cik Yatie Hamat amikkan dulu...
dan ibu pun lupa nak snap gambo hamper saguhati adik tu..
hamper tu beso la sikit berbanding hamper yang dorang dapat mula2 tadi...

Kesimpulan untuk aktiviti hari ini, ibu happy tengok anak2 ibu seronok join contest ni... 
saje la ibu nak ajar anak2 bercampur sikit dengan orang lain..
kat umah asyik main ps2 jer, x pun asyik tengok tv.. 

Dan semoga kawan2 ibu yg seat exam bukan saje lulus tapi termasuk dalam quota untuk ditemuduga bagi jawatan Penguasa Kastam W41 ni... Aamiinnn :)

2 comments:

  1. tahniah k.yatt. maknanya dpt terus ke jawatan tu ? ke kena pi interview dulu? ada tips x utk interview penguasa kastam ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mahirah... xtau nk kata..tggu dpt hitam putih dlu..just wait n see.. nk tips interview pm la akk 0137378394

      Delete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...