29.9.2014 - 2.10.2014, Isnin - Khamis
ibu kena join kursus mengenai pengauditan Prestasi berasaskan ISSAI ( Zon Timur) di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan..
seramai 13 orang staf dari JAN Trg, 15org dari JAN Kelantan dan 30 orang dari JAN Pahang..
28hb kami dah gerak ke Kuantan, waktu checkin jam 3.00 petang..
Nak dijadikan cerita, 29hb kebetulan along ada appoinment di HTAA, Kuantan...
So ibu bawa la anak2 sekali.. in case along masuk wad, ayah akan tunggu along di wad dan farah ikut ibu stay kat resort...
ibu ada booking 1 bilik lain di De Rhu untuk 1 malam jer..
Masa ni kami sampai awal resort awal.. dalam pukul 1.30 tengahari..
pendaftaran kursus masih belum dibuka.. so kami pun ke Teluk Chempedak dulu sementara tunggu pukul 3.00 petang
dok lepak kedai minum2 dulu..
bergambo sebentar untuk kenang2an..
dah beso anak ibu farah aqilah.. huhu
along berangan nak jadi spiderman.. baru malam tadi tengok citer spiderman.. kuat betul pengaruhnya..
suasana lobi resort
anak2 ajak pegi tinjau kolam renang jap sementara tunggu nak register.. x sabar dah anak2 ibu nak mandi..
memang cantik... banyak kolam dengan kedalaman yg berbeza..
Nak dijadikan rezeki kita, masa nak checkin tadi, ada sorg staf Kelantan offer nak letak nama dia dengan ibu 1 bilik.. tapi sebenarnya dia dah book bilik lain sebab dia bawa family. anak nak breastfeeding... jadinya sekarang bilik ibu dengan dia tu available la in case ayah & anak2 nak stay lama kan.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya~
ibu pun cancel la bilik yg dah ibu book awal tu..
dan apa lagi... ibu pun offer ayah dok kat resort ni teman ibu kursus sampai last day.. hihihi
tu la yang dinamakan 'Kursus Paling Bahagia Seumur Hidup'... ngeee~
seronoknya anak2 ibu ni... dpt cuti sekolah seminggu... tapi bereh, ibu dah call cikgu masing2..
haaa. citer pasal rate pulak.. murah la.. nak banding resort kat Kuala Trg..
gov rate, bilik mcm ni kalu 'garden view' RM190, car park view RM170 jer... deluxe dan ke atas RM200+ la..
tapi yg ibu suka ialah kolam mandi kat sini.. menarik.. sesuai sangatla untuk kanak2 riang mcm anak2 ibu..
29.9.2014, Isnin
Appoinmnent along di HTAA Kuantan...
datang awal dah.. jam 8.00 pagi kot.. tapi lambatnya la Dr Selva ni.. rupanya dia xde hari ni.. Doktor lain yang cek along... selesai hal along dalam pukul 3.00 petang jugak...
sementara tunggu giliran, macam biasa la... selfie2 dulu.. :)
mek farah ni memang suka sangat menulis, melukis.. pegi mana2 pun asyik minta kertas ngan pen..
budak kecik yg comel menarik perhatian anak2 ibu..
eeeii tengah korek lombong emas.. hahah
ada ciri2 nak jadi kakak dah mek farah ni ~
tu dia ayah tengah berdiri kat pintu.. x cukup tempat nak duduk
balik hospital gi shopping beli makanan utk stok seminggu..
tapi tengahari dan malam kuar jugak cari makanan.. yg ada ni cuma untuk alas perut jer..
29 Sept 2014 merupakan hari lahir farah yg ke 6 tahun...
choc moist kek ni untuk farah.. kek ini direquest sendiri oleh adik.. ibu nak belikan birthday kek tapi adik bersungguh x nak.. bagus juga.. jimat duit ibu.. hahaha
choc moist kek ni untuk farah.. kek ini direquest sendiri oleh adik.. ibu nak belikan birthday kek tapi adik bersungguh x nak.. bagus juga.. jimat duit ibu.. hahaha
hadiah untuk adik: penginapan 5D4N di De Rhu Beach Resort.. hahahah
petang ni ada training bola jaring...
ada orang belanja kasut baru.. kasut lama dah lebih 5 tahun kot pakai.. takut tengah main nanti tercabut tapak pulak..hahah
semangat betul nak main netball kali ni..
wakil zon timur untuk Sukan Audit Se-Malaysia pada 22 Nov nanti kat Kedah.. sebelum2 ni wakil main bola tampar jer time Hari Sukan Audit..
Cik Nurul
lepas training, ibu pegi tengok anak2 mandi kat kolam..
ayah pun ada join sama berendam
tengok adik tu.. berani pegi kat air dalam.. bimbang juga sebab lantai kolam ni makin lama makin dalam..
Yang paling seronok, anak2 ibu baru 2 hari kat sini dah pandai berenang.. cuma x lama je la sebab x boleh tahan nafas lama2..
farah yg debab tu pun boleh dah berenang sikit2.. apung badan.. ibu yg dah lama belajar dengan ayah ni pun x pandai2 lagi sampai ke sudah :(
ibu decide nak upload video anak2 ibu berenang, tapi saiz beso la pulak.. ermmm :(
farah yg debab tu pun boleh dah berenang sikit2.. apung badan.. ibu yg dah lama belajar dengan ayah ni pun x pandai2 lagi sampai ke sudah :(
ibu decide nak upload video anak2 ibu berenang, tapi saiz beso la pulak.. ermmm :(
macam2 aksi ayah.. mentang2 expert berenang.. haha
anak2 Cik Nurul.. family dia pun datang jugak sebab anak kedua masih breastfeeding..
hati berbunga2 sebab ada suami & anak2 teman berkursus.. hahaha
aktiviti dalam kumpulan..
mandi lagi... tiap2 petang mandi dari jam 4.30 petang sampai pukul 7.00 petang... isskkk... memang mandi sampai lebam la orang kata..
amik angin.. petang ni xde training... selfie dulu sebelum terjun jugak ke dlm kolam..
Rabu malam khamis...
x-staf JAN Trg, Badariah & Farah Alwani belanja geng2 Audit Trg makan-makan kat Tanjung Lumpur..
TQ korang belanja kami makan.. next time kami belanja pulak..~
last day kursus ~ 2.10.2014 Khamis
ibu amik sijil penyertaan..
lunch hari last berkursus..
biasa tengahari ibu akan makan kat sini.. then balik bilik ajak ayah & anak2 makan kat luar pulak.. kadang ayah je kuar sorg pegi beli makanan bungkus je bawa balik bilik..
sampai sini dulu..
kami check out jam 1.00 tengahari...
kami check out jam 1.00 tengahari...
sambung story kita balik kampung ibu di Kluang Johor pulak for Hari Raya Haji.. hihi
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!