Alhamdulillah...
23.10.2014, Khamis... ibu dapat anak sedara baru.. its a boy!!
diberi nama Muhammad Zakir bin Mohd Sufian.. sempena nama Dr Zakir Naik, pendakwah terkenal dunia..
petang tu balik keje terus pegi Hospital Batu 24, Hulu Trganu tengok baby.. baby nampak sihat dan sedang tido.. berat 3.27kg.. asyik sangat meriba baby, sampai terlupa nak snap sekeping gambo pun.. isskkkk.. x dapat nak belanja sekeping pun gambo baby Zakir... :(
24.10.2014.. Jumaat... Allah menguji..
baby x berak pun dari semalam.. doktor scan dan didapati usus baby bengkak.. tersumbat katanya.. terus doktor hospital Hulu refer ke Hospital Besar Kuala Trg, HSNZ..
Akhirnya doktor decide untuk membuat pembedahan 'Laparotomy KIV Proceed' iaitu belah perut dan tebuk lubang untuk keluarkan najis pada 27.10.2014..
usus kecil yang tertutup telah dipotong dan disambung ke usus besar (ileal atresia)..
Alhamdulillah pembedahan berjaya dilakukan dalam masa 3 jam 15 minit..
sehingga hari ini, ibu x dapat lagi nak tengok baby Zakir.. baby ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk Bayi, NICU..
sedih sangat2 x dapat tengok baby.. geram betul dengan Mak Guard x bagi masuk.. mak ayah je boleh masuk katanya.. cisss..
Kesian tengok maklong, tengah sakit dan berpantang kat rumah tapi fikirannya asyik ingat kat baby di hospital nun.. besarnya dugaan mereka.. Semoga mereka tabah dan ada 'hikmah' disebaliknya.. janji Allah itu pasti..
Ya Allah, permudahkanlah segalanya dan berilah kesihatan yang baik kepada ibu dan baby Zakir... :'(
Aamiin..
*23 Okt : tarikh yg amat familiar : tarikh arwah mak ibu meninggalkan dunia : meninggalkan kami adik beradik : Allah lebih menyayangi arwah : semoga arwah ditempatkn bersama org2 yg beriman.... Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin....
♡♡♡ arwah mak dunia akhirat
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!