Ibu ada followers ke??

Thursday, October 9, 2014

:: Raya Haji 2014 ::

Check out De Rhu Beach Resort, Kuantan -->  check in umah atok pulak di Kluang...

Raya Haji tahun 2014 ni memang giliran kita beraya di Johor
tapi disebabkan ibu sibuk fikir pasal kursus, pasal along masuk wad ke x, sampai ibu pun lupa Ahad minggu depan lepas mggu berkursus ni rupanya dah Raya Haji..
dengan x plan anak2 akan stay resort sampai khamis lagi, memang la xde standby baju raya pun dalam beg.. haihh~
ibu buat2 tanya kt ayah ''ayah, bukannya ahad minggu depan dah raya haji ke?? dan bukannya raya ni giliran kat kg yati ke??''
tengok ayah xde respon pun.. so ibu assume maybe ayah fikir tok (mak dia) tinggal sorg2 kat rumah dah lama kot.. ermmm xpe la kalu x balik kampung pun kali ni..
check out dari hotel terus pegi lunch kat kedai berdekatan resort..
sebenarnya lately ibu sakit gigi sebab gigi bongsu baru nak tumbuh.. asyik ber'adoi' je la kejenya..
tetiba ayah tanya, kat Johor ada klinik gigi buka x esok??
haaaaa... terpinga2 ibu lalu bertanya ''ayah nak balik Kluang ke??''
 ayah senyum jer dan ibu pun suka la.. apa lagi.. hihi
tanya anak2 pun dorg excited nak jumpa atok nenek jugak...
lepas lunch terus balik Kluang.. :)
dengan muka yang berminyak2 ni, x ingat dah pasal sakit gigi.. happy giler nak balik kampung.. yeayyy

 masa ni dah sampai bandar Kluang.. benti jap sejuk enjin.. lama berjalan non stop








melayankan anak2 bergambar




kat umah atok... asah skill buat ketupat nasi...
dok trganu xde ketupat ni..



masa ni solat maghrib.. pandai dah anak bujang ibu jadi imam kepada sepupu2nya ni.. anak paklong..
paklong pun balik jugak.. tapi ngan anak2 jer.. maklong dah sarat nak tunggu masa melahirkan jer... 
Paklong sekarang dah pindah dok Kerteh. buka 1 lagi syarikat Agency Takaful Malaysia kat Paka.. besarkan jaringan.. hehe.. Alhamdulillah.. murahnya rezeki paklong.. kita tumpang happy jer :)
kelako tgk along sebab xde suar panjang/kain pelekat/songkok...
ada suar panjang selai dua tapi masih diampai.. hahah



Alkisahnya malam semalam 'kawan' maksu ni hantar maksu balik sebab xde tiket...
kawan maksu?? jeng.. jeng... jeng
kawan maksu ni dah keje kat Syarikat Honda.. umur x pasti la pulak.. paklong ajak dia balik sekali hari sabtu pagi tu.. 
paklong balik Kluang dari hari Khamis sampai Sabtu jer sebab dia nak beraya di Kerteh.. ada majlis korban.. tu kena balik jugak tu..


Paklong nak gerak balik Kerteh dah..


semalam buat ketupat nasi, hari ni buat ketupat sotong lak... sotong kecik jer.. heheh
lepak2 hari sabtu


Ahad.. 5.10.2014
santapan pagi Raya.. rendang daging nenek terbaik!!! nyum nyum
hari ni kita nak bertolak balik ke Terengganu.. tapi pagi tu kita ke JB kejap, Kg Pasir sebab ayah nak jumpa kawan lama dia.. masa keje kat JB dulu2.. rasanya dah dekat 8 tahun ibu & ayah pindah balik Terengganu.
kawan ayah ni, Cik Fendi dok Pasir Gudang sebenarnya..
Kg Pasir ni umah mak mertua dia.. Cik Fendi ni orang Kelate..
sajian sama je.. org Johor la katakan...




muka ibu macam apa ntah.. gigi tengah sakit sebenarnya ni




Cik Ain pun ikut jugak
Cik Fendi ni anak dah 3.. semua gegirl..
sebelum balik kita amik gambo bersama utk kenang2an..
Pukul 10.15 malam kita sampai di Felda Kerteh 4, umah paklong sewa... Paklong kirim ketupat dan lauk pauk dari Johor.. teringin sangat nak makan katanya... tapi sayang, rendang daging dah basi.. lain2 lauk masih ok..
tadi jam 3.00 petang baru kita bertolak dari umah atok.. tu yg lambat tu... sian paklong..
khalis yang encemm
pagi Isnin, 6.10.2014.. nak pegi umah ayahteh, ajak makan-makan, bakar daging korban
masa ni dah malam, lepas Maghrib buat makan2 sikit utk majlis hari jadi anak ayahteh yg bongsu, adik halim..
budak2 la yg paling riang sekali











bakar2 ayam, daging lembu & kambing, sosej, ikan..





ayah pun tolong bakar2 jugak

kek adik halim
happy birthday adik halim.. halim ni kurang upaya.. masa usia 1  tahun lebih diserang demam panas sampai jadi macam ni... ujian dari Allah


menu malam tu.. mee goreng, bihun goreng tomyam, nasi impit kuah kacang



makanan ibu.. diet la kononnya
amboi.. cantik muka adik buat macam tu


kenyang sudah... lepak2 jap sebelum basuh pinggan mangkuk
pukul 10.00 malam, lepas kemas2, basuh pinggan mangkuk kita pun balik... penat seharian kat umah ayahteh.. balik terus zzzzzzzzzz..

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...