Ibu ada followers ke??

Monday, January 26, 2015

Beza anak lelaki dan anak perempuan

5.50 ptg.. ibu sampai rumah dari tempat keje..
ayah macam biasa xde kat umah, sibuk dengan lembu2nya...
anak2 berdua jer kat rumah.. dah biasa.. biasa ayah tinggal anak2 dlm pukul 5.30ptg... so x lama la mereka berdua jer kat rumah..
tok dah 2minggu duduk uma makcik.. ubah angin dan masakan gamaknya.. :)

Masuk rumah, apa yg ibu nampak??
Anak dara ibu sedang mengemas2 buku untuk jadual esok... dah siap mandi pun...
bila ditanya dah siap homework ke belum??
" siap belaka dah ibu.. malam ni boleh rehat.."
tu tengah main silotip sebab kertas latihan dia terkoyak sikit..
 tengok, bukan homework jer dah siap, petang ni siap buat latihan matematik sendiri...
reka soalan sendiri, jawab sendiri.. pastu suruh ibu cek betul ke x..
kalu ibu kata ''pandainya adik'', suka sangatlah dia..

rasanya silibus matematik ni belum sampai tahap ni lagi kalu baru  masuk darjah 1.. tapi adik boleh buat ni sebab dia biasa tengok ibu ajar along kira2 sebelum ni.. 
sebelah kiri tu pulak dia suruh ibu ajar macamana nak buat tandatangan.. haha

Jom, kita tengok mana pulak anak bujang ibu???
See, tengah main ps2 kat bilik... patut senyap jer.. dengan x mandi lagi.. bertuah sungguh..
bila tanya homework dah siap?? 
Jawapan seperti biasa, "x lagi"... ntah2 ada homework ke x pun along x tahu.. hahaha..
Gambo ni lepas along mandi (itupun mandi kena suruh).. lps mandi sambung main ps2 semula.. ibu bagi can main sampai pukul 7.00 jer... tunggu azan pastu solat, then ngaji pastu baru la sibuk nak buat homework.. dgn mata terkebil2 nak tido.. seharian x tido langsung.. tp petang ni along ada KAFA.. pukul 5.00ptg baru balik.. tu x sempat nak tido pun.. tapi biasa memang susah tido pun.. lebih rela tengok tv atau main ps2 ni.. main game thru tab atau hp ayah ibu memang jarang sangat dah..
ermmm.. ntah game apa la yang along main tu pun ibu xtau..
Dan bape puluh keping cd game yg along ada pn ibu x kira.. ayah la ni pegi beli dgn anak2 masa ibu kursus hari tu.. konon x nak anak2 bosan dok umah kot..

along bab2 main ps2 ni memang fanatik.. kadang tu sampai nangis bila dia sibuk kejar target, ibu plak suruh dia stop game.. haihhh..
adik pun expert jugak main game2 ni tp xde la ralit sangat... 
Itula bezanya anak lelaki dan anak perempuan..
bukan ibu berniat nak membeza2kan anak2 ibu..
Allah bagi molek doh.. setiap anak dah ditetapkan rezeki masing2..
cuma saje la ibu coretkan kisah ni utk tatapan anak2 ibu nanti bila dah besar..
kamu tau la perangai masing2.. dan boleh jadikan iktibar/pengajaran utk mendidik anak2 kamu pulak nanti..

Farah memang agak matang tetapi hatinya keras sikit.. susah dipujuk.. tapi kalu nak buat sesuatu mesti ingat/fikir ibu dlu..

Along pulak lambat matangnya tapi jiwa lembut... sensitif... mudah dipujuk.. tapi perasaan simpati kat ibu tu kurang sikit..

kamu berdua memang berbeza...
tapi ibu ayah sayang kamu berdua sungguh2 hingga ke hujung nyawa kami...


No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...