macam biasa, ibu balik keje awal.. jam 3.30ptg..
anak2 tahu hari ni ibu dapat gaji..
so malam ni kita planning nak jalan2 kat bandar dan ibu nak belanja makan... yeayyy
konon2 sempena ibu keje baru la ni (hakikatnya ibu masih dpt gaji lama lagi, gaji baru bulan Feb baru dapat + tunggakan).. huhu
tapi x kisahla.. sama jer kan...
mek farah yang comel..
senang dah sekarang nak suruh pakai tudung kemana2..
semakin besar, semakin matangla dia..
Waterfront.. xde dah tempat lain kalu kami nak makan chicken chop/lamb chop/beef steak ni.. so far kat sini fav kami sekuarga..
lagipun surau pun ada kat sini.. lepas makan boleh solat kat sini je sebelum merayau ke lain.. :)
Sebenarnya saja la ibu nak express rasa terima kasih banyak2 kat ayah kerana tolong urus
anak2 pergi & balik sekolah.. ayah balik keje tengahari pun dah penat kan..
pastu kena urus anak2 pulak.. along petang ada kelas KAFA lagi.. lepas
along makan baru ayah hantar semula ke sekolah.. ibu memang siap2 dah masak lauk pagi tu sebelum pegi keje.. ayah tinggal masak nasi jer...
ada orang kata memang dah tanggungjawab ayah macam tu?? betul dah tu, tapi bukan semua yang boleh buat kan?? walau hakikatnya ada jer yang sama macam ayah ni.. TQ ayah..
ala.. apa la sangat belanja makan ni dengan jasa2 ayah kat ibu.. :)
kos kita makan.. ok la.. harga makanan kat Terengganu ni masih murah lagi..
lepas solat Maghrib anak2 ajak main kat playground kat sini..
adik kata '' ibu adik nak exercise la.. untuk kesihatan ''
hahaha.. budak2 pun tahu...
suasana malam kat Waterfront ni memang boleh tenangkan fikiran.. setelah penat bekerja.. esok cuti sekolah boleh la malam ni nak berjalan pun.. weekdays x boleh la sbb nak buat homework kan.. ibu ayah pun nak rehat jugak...
lebih kurang jam 9.30mlm kita pun balik umah..
next week kita plan lagi k...
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!