Ibu ada followers ke??

Thursday, January 29, 2015

Selamat Maju Jaya Puan Aini

Selasa.. 27.1.2015 last day utk Puan Noraini W44 (tengah)..
Baru je ditukarkan dari stesen di Kemaman ke Kuala Trg, then murah rezeki dapat bertukar ke JKDM Kelantan... asben keje di Tok Bali..
murah rezeki beliau.. dengar perjalanan kerjayanya, memang seorang yang murah rezekinya...
baru 4 thn berkhidmat sebagai pegawai W41 dah naik W44.. 
setahun bertugas W41 dah dapat APC.. masa W44 pun sama, dlm tempoh setahun dah dpt APC... hebatkan!
Ibu sempat berkawan dgn Puan Aini ni x sampai 3 mggu pun.. tapi kami cepat mesra.. sebabnya beliau ni sangatlah humble, low profile, x bossy, sedia belajar dgn peg bawahan dengan senang hati, x berlagak walau gaji dah beso & berpangkat, selalu mengaku yg beliau masih kurang ilmu dan ramah dgn semua orang..
ibu sangat senang berkawan dgn beliau...
Beliau jugak banyak nasihat ibu.. dan ibu suka mencungkil rahsia org success macam Puan Aini ni.. amik semua ilmunya utk kita gunapakai dalam kerjaya kita pulak.. bukan sebab nak naik pangkat cepat (kang kena tukar negeri lain pulak) tapi belajar macamana nak bekerja dgn betul.. 
kadang2 kita fikir dah betul tapi tidak pada orang lain..
ibu bersyukur ditakdirkan mengenali beliau biarpun dalam waktu yg pendek..
at least ada jugak ilmu yang ibu dpt drpd beliau... :)
Masa bergambar ni dah pukul 5ptg.. nak balik dah... tu sbb ibu pakai tshirt je tu.. memang itu la pakaian ibu pegi dan balik keje skrg ni.. sempoi... :)
Ibu doakan agar Puan Aini terus success, seronok bekerja di tempat baru, dapat berbakti kpda ibu bapanya sementara masih ada (antara sebab beliau minta tukar) dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang..
InsyaAllah nanti kita ke Kelantan, kita kontek2 Puan Aini... beliau janji nak bawa kita jalan2 pusing Kelantan.. hehe

2 comments:

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...