Ibu ada followers ke??

Sunday, September 14, 2014

Hari Sukan Audit | sesi pemilihan di Wisma Audit Kelantan

 11.9.2014, Khamis
Ibu & beberapa staf Audit Terengganu pergi ke Audit Kelantan untuk pemilihan pemain pantai timur, wakil ke Hari Sukan Audit yang akan diadakan di Kedah pada 21.11.2014 nanti..
Seawal 7.00 pagi kami dah gerak ke Wisma Audit Kelantan dgn menaiki 3 kenderaan jabatan kesemuanya..
Pemilihan dibuat di Kelantan sebab Pengarah Audit Kelantan telah dipilih menjadi Ketua Kontinjen Pantai Timur.. tu yg buat kat sana tu...

Tuesday, September 9, 2014

Aktiviti Pra Sekolah SK Tanggol | KFC Kuala Berang

 20.8.2014, Rabu
ibu lupa nak post entry ni, adik & kawan2 pra sekolahnya pegi makan kfc kat bandar Kuala Berang..
Aktiviti ni cikgu buat untuk meraikan hari lahir anak2 muridnya..
Dan kebetulan pada hari ni, ibu & ayah bawa along ke HKL untuk ujian DMSA Scan...
ibu memang saja suruh adik bawa kamera & minta tolong pembantu pra, Kak Tie amik gambo untuk kenang2an adik nanti...

Sunday, September 7, 2014

Exam Online Kastam 2014 --> Contest Mewarna @ PPAT

Entry sebelum ini, ibu ada cerita akan seat exam lagi utk Penguasa Kastam W41 .. DISINI..
persiapan untuk menjawab exam pun telah dibuat seawal 3,4 hari sebelum 6 Sept..
tup tup... 5.9.2014, jam 7.39 petang ibu dapat email dari pihak SPA mengatakan yang ibu dikecualikan daripada seat exam keesokan harinya memandangkan ibu adalah calon simpanan bagi jawatan tersebut...
memula dapat email mcm x percaya kan.. ye la, bukan opis hour.. tetapi bila ibu tanya kawan2, betul la tu agaknya..
dengan email tu di 'cc' kpd 'orang kuat' SPA dan calon2 simpanan yang lain lebih kurang 80 orang... 



aksi Farah Aqilah ber'shawl'

 Sedang ibu leka testing2 tudung bawal ibu baru beli, datang minah tembam ni nak pakai shawl..
katanya nak pakai macam ibu pakai pegi keje..
so ibu layankan je la..
kebetulan ada 1 shawl bersaiz kecil bagi ibu..  lain2 dah selamat mendapat tuan baru.. hehe

Monday, September 1, 2014

Majlis Menyambut Menantu | Shah Alam

 30.8.2014, Sabtu
Seawal 7.00 pagi bertolak dari rumah ke rumah ayahteh untuk naik bas, rombongan ke Seksyen 17, Shah Alam, menghadiri majlis persandingan Kak Fiza di rumah keluarga suaminya..
Majlis Kak Fiza hari tu kat Trg pada 7.6.2014.. Entry DISINI
  

seat exam Penguasa Kastam W41 lagi!

 Pada 29.8.2014, Jumaat
ibu & the gang ada taklimat peperiksaan online dan tips untuk temuduga bagi jawatan Penguasa Kastam W41...
btw, ibu bekas simpanan bagi jawatan ini yang telah tamat tempoh pada Ogos 2013.. genap setahun... 
entry DISINI

Aktiviti petang anak2 ibu

 kejadian masa 14 Syawal hari tu..
lupa nak masuk blog kita utk tatapan anak2 ibu..
jom temgok je la gambar anak2 ibu main basikal & scooter

Wednesday, August 27, 2014

30 Syawal | mengaudit sambil beraya

Lama sangatla team ibu x buat kerja2 Audit sejak bulan puasa lagi...
After raya, hari ni 30 Syawal team ibu mula buat Audit Mengejut di JKRHT 
dan pagi ni juga kami dapat undangan dari Cik Earnie utk makan pagi kat umah dia sebelum gerak ke auditi..

Monday, August 25, 2014

Kenangan zaman universiti

Cari.. mana 1 ibu???
Masa ni ibu part 6 (sem akhir) masa diploma perakaunan di UiTM Segamat Johor... lokasi Kolej Baiduri.. Tahun 2004..
dan yang paling kenangan, time ni ibu dah kawen yer.. jangan x percaya.. huhu :)
 

28 Syawal | Jamuan Raya Jab Audit Caw Paya Keladi


24.8.2014 Ahad, Jamuan raya pejabat ibu di Paya Keladi

25 Syawal | Appointment Along di HKL

20.8.2014 Rabu..
Esok ada appointment along di HKL untuk buat Ujian DMSA Scan..
ibu & ayah ni x biasa mana nak ke KL ni.. tapi kami tawakal je la & follow 'waze' application ni.. (suggest by kawan ibu Cik Yatie Hamat)
Alhamdulillah sampai hotel on time, dalam pukul 2.00 ptg..
perjalanan amik masa 5 jam dari umah kita..

20 Syawal | Majlis Hari Raya & Hari Keluarga Jabatan Audit Negara

16.8.2014, Sabtu
Sambutan Hari Keluarga & Jamuan Hari Raya
Jabatan Audit Negara Caw Neg Terengganu
di Scout Inn Resort, Teluk Ketapang, Terengganu

Haiqal specky

jeng.. jeng.. jeng..
13.8.2014 Along, adik & ayah gi bandar sebab nak buat spek mata..
silap betul la ibu x amik gambo along masa tengah cek mata kat kedai... saje je utk kenang2an along nanti bila dah besar.. nak tahu dia start pakai spek bila kan.. :)

14.8.2014 Khamis - ibu amik spek mata along kat kedai..


18 & 19 Syawal | Persiapan Sambutan Hari Raya & Hari Keluarga

16.8.2014, Sabtu- akan diadakan Sambutan Hari Keluarga & Jamuan Hari Raya Jab Audit Neg Terengganu di Scout Inn Resort, Teluk Ketapang..
So pada hari ini, 13.8.2014,  ibu dan kawan2 yang terlibat sebagai ajk siap2 sedia goodies utk event tersebut

Sunday, August 10, 2014

8 Syawal | Appointment Along di Kuantan

4.8.2014, Isnin
hari appointment along di HTAA Kuantan
masa ni kita bertolak seawal 6.30pagi dari Telok Kalong Kemaman..
tido umah Ayahde sambil beraya sekali..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...