Ibu ada followers ke??

Friday, February 13, 2015

Selamat Hari Lahir Ibu | sweet 23... ehhh 32

12 Feb 2015.. 32 tahun sudah ibu bernafas di dunia ni..
Alhamdulillah.. dikurniakan segalanya.. suka duka dalam kehidupan... semuanya harus dilalui dengan penuh rasa syukur.. :)
(haiqal baru bangun tido dalam keta tadi)

Wednesday, February 11, 2015

Peringatan

Iklan.. iklan.. iklan...
Adakah anda sudah bersedia??
Adakah anda telah berdaftar???

Sunday, February 8, 2015

Aktiviti sihat | daki Bukit Besar

8 Feb 2015 Ahad
Pej ibu anjurkan program mendaki Bukit Besar sempena Hari Kastam Sedunia ke 33 pada 26Jan..
Menjadi amalan di JKDM, sebulan dari Hari Kastam, semua negeri perlu mengadakan aktiviti yg berfaedah dalam tempoh sebulan, iaitu sehingga 26 Feb ini..
Seawal 7.30pg kami semua dikehendaki berada di kaki bukit untuk streching sebelum mula mendaki..

aktiviti hujung minggu | jom bakar lemak degil!!

Jumaat pagi yang indah.. kita menghabiskan waktu pagi kita disini..
di Stadium tertutup Gong Badak.. berjogging.. bertolak dari rumah jam 7.30pagi..

Thursday, February 5, 2015

renew roadtax

1st time renew roadtax sendiri guna mesin kat kiosk JPJ ni...
Sonang jer rupanya.. x sampai 5 minit pun.. :)
selama ni agent buatkan tapi this time ibu buat insurans dengan Takaful Malaysia Berhad, satu2nya syarikat takaful yang 100% patuh syariah by Suruhanjaya Sekuriti... :)
kalu suruh syarikat buatkan kena charge RM20, better buat sendiri, benda senang je pun kan??

Monday, February 2, 2015

Selamat Maju Jaya Puan Ina

2 Feb 2015, isnin
majlis perpisahan untuk Puan Ina yg naik pangkat drpd W17 kepada W22 dan akan lapor diri di JKDM Kelantan pada 4 Feb.. 
pagi tadi majlis perpisahan untuk 4 pegawai yang bertukar anjuran Bhgn Pentadbiran..
petang ni anjuran Bahagian Pematuhan pulak..
makan free je la hari ni.. ermmm rosak diet ibu..  hihi

Saturday, January 31, 2015

Baru nak berkenalan

Hari ni baru kita nak berkenalan.. selama ni ibu pandang kamu, kamu pandang ibu.. haha 

Friday, January 30, 2015

Aktiviti weekend | jom belajar jawi

Aktiviti hujung minggu.. proses memantapkan pengetahuan anak2 untuk mengeja dalam tulisan jawi..
zaman sekarang bukan macam zaman dulu..
dulu kita pandai sendiri kat sekolah, mak ayah x payah ajar kat umah.. sekarang, mak ayah kena ajar dulu sikit2 kat umah sebab silibus kat sekolah dah advance..

Sambutan Maulidur Rasul JKDMT

Khamis,  8 Jan 2015
1st Khamis ibu di JKDMT.. setiap hari Khamis pagi rutinnya akan membaca yassin.. tapi hari ni special sikit sebab sekali dengan sambutan Maulidur Rasul 1436H..

Thursday, January 29, 2015

Jalan-jalan balik keje

Hari ni ayah dan along hantar ibu pegi keje..
kebetulan along ada appointment.. terpaksa la cuti sekolah hari ni (khamis). 
so ayah cadang gi sekali la senang. boleh jugak ibu tunjuk kat ayah tempat ibu mencari rezeki, tempat parking keta ibu, suasana wisma dipesisir pantai.. selama ni memang biasa lalu wisma ni tapi x pernah masuk ke dalam pun.. 

Selamat Maju Jaya Puan Aini

Selasa.. 27.1.2015 last day utk Puan Noraini W44 (tengah)..
Baru je ditukarkan dari stesen di Kemaman ke Kuala Trg, then murah rezeki dapat bertukar ke JKDM Kelantan... asben keje di Tok Bali..
murah rezeki beliau.. dengar perjalanan kerjayanya, memang seorang yang murah rezekinya...
baru 4 thn berkhidmat sebagai pegawai W41 dah naik W44.. 
setahun bertugas W41 dah dapat APC.. masa W44 pun sama, dlm tempoh setahun dah dpt APC... hebatkan!

Wednesday, January 28, 2015

AGM Bakiska 2015

Rabu.. 28 Jan 2015
hari ni ada AGM Bakiska, stand for Badan Kebajikan Islam Kastam...
tapi ibu dapat join sekejap je sbb ada meeting dengan pelesen jam 10.30pg..
sebenarnya client ni adalah pelesen Puan Fidah tapi ibu join sebab nak belajar..

Monday, January 26, 2015

Beza anak lelaki dan anak perempuan

5.50 ptg.. ibu sampai rumah dari tempat keje..
ayah macam biasa xde kat umah, sibuk dengan lembu2nya...
anak2 berdua jer kat rumah.. dah biasa.. biasa ayah tinggal anak2 dlm pukul 5.30ptg... so x lama la mereka berdua jer kat rumah..
tok dah 2minggu duduk uma makcik.. ubah angin dan masakan gamaknya.. :)

HARI KASTAM SEDUNIA YG ke-33 ~ updated

 
26.1.2015 Isnin
Hari ni merupakan Hari Kastam Sedunia Yg ke 33 tahun..
Jabatan Kastam seluruh Malaysia menyambutnya di negeri masing2.. cuma program jer mungkin lain..

Sunday, January 25, 2015

Semuanya dihujung jari | HRMIS cuti

Now nak apply cuti thru hrmis hanya menggunakan hp je ok!
Baru tahu..hahaha.. lambat beno tahunya..
 mungkin dah ada orang yg guna..
ibu lak baru nak dload app hari ni..
itupun boss Bhgn Pengurusan yg bagitahu minggu lepas.. baru hari ni teringat nak dload.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...