Ibu ada followers ke??

Thursday, December 31, 2015

Selamat Pengantin Baru Pija | Tumpat Kelantan

18.12.2015, Jumaat
Majlis perkahwinan kawan ibu, ex-staf Jabatan Audit, Pija.. 
pernah 1 team Audit dengan ibu dulu2 

Kursus di Pulau Langkawi

29 Nov - 3 Dis 2015
Ibu yang saje2 gatal apply kursus Auditan GST di Langkawi
Tapi kursus tu memang pernting pun dengan keje ibu skrg..
28 Nov ibu fly ke Langkawi, transit KLIA..
babai ayah.. babai anak2.. :)
Ibu gi kursus dengan bos seksyen ibu, Pn Tini

Family Day | KASTAM Terengganu

11-12.12.2015, Program Hari Keluarga JKDM Terengganu
Diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut
Jam 10.00 pagi kita gerak dari rumah

Majlis Perpisahan

15.12.2015, Selasa..
  Majlis perpisahan untuk Cif Muda dan 4 orang pegawai kontrak diadakan di Hazlan Bistro.
Memandangkan majlis tersebut diadakan waktu malam, terpaksa la ibu bawa bodyguard ibu.. huhu
Along x ikut.. bese la.. kalu cuti sekolah, umah makcik la dia check-in.. x nak dah ikut ibu gi mana2...

Monday, December 14, 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-12 Tahun

7.12.2003 - 7.12.2015
sudah 12 tahun ikatan perkahwinan ayah  & ibu..
Alhamdulillah.. masih ditakdirkan bersama dan mudah2an sehingga akhir hayat.. aamiin~
Pada tarikh ni jugak ibu saje2 scan kandungan ibu.. maklumlah minggu lepas puas dah berjalan2 di Langkawi x hengat dunia..
angkat beg berat lagi.. lupa pulak yang diri ini tengah mengandung.. hahaha

Selamat Bertunang Adik Bongsuku

17 Oktober 2015
 Inilah adik ibu yang bongsu.. Siti Nur Azlin S.Hamid.. dikenali sebagai maksu dikalangan anak2 sedaranya..
umur baru 20 tahun tahun ni... 
Maksu selamat bertunang pada tarikh di atas dengan jejaka dari Melaka.. sudah bekerja...
dan InsyaAllah pada 25 Disember 2015 ni maksu akan berkahwin...
ehemmm.. muda lagi tu dah nak kawen.. x puas enjoy lagi tu.. huhu
(mengata orang, diri sendiri tu pun dulu kawen umur 20 tahun.. haha.. bulan 12 jugak.. hihi)

Weekend di Cameron Highlands

30 Oktober 2015, Jumaat
Seawal jam 7.00 pagi kita gerak dah ke Cameron Highlands..
Last minute plan, ptg Khamis otw balik keje ibu tetiba teringin sangat nak makan strawberi celup coklat... bila sampai umah, ibu sampaikan hasrat ibu kt ayah, Alhamdulillah ayah setuju..
Ayah pun faham keadaan ibu, bukan ibu yang nak tapi baby kot yang nak.. hahaha :)

Happy 1st anniversary to ibu

17 November 2014 - 17 November 2015
Happy Anniversary Tahun Pertama ibu bekerja di JKDM...
Semoga terus success dalam kerjaya ni dan seronok bekerja..
Mudah2an aamiin.. 

Wednesday, November 11, 2015

Alhamdulillah syukur.. akhirnya

Alhamdulillah syukur...
14.10.2015 (1 Muharram 1437H), good new di awal tahun..
pagi2 test urine sebab lewat datang bulan 2 minggu, syukur sangat x sangka ibu pregnant.. Alhamdulillah..
lama sangatlah ibu nak baby lagi..

Raya Haji 2015 | Kg Tanggol

Raya Haji 2015, kami beraya di Kg Tanggol jer.. memang giliran sini..
atok, nenek, family paklong, maksu beraya kat umah Makde di Jerantut.. x dapat la kita nak join sebab tahun ni giliran kg ayah..
lagipun ayah buat korban dengan adik beradik dia.. kena r ada kat kg kan... :(
 ini adalah gambar2 family ibu yang makde kirim.. sedihnya x dpt bersama mereka :(

Selamat Pengantin Baru Mekk Yana

 20.9.2015 - Hari bahagia utk bff ibu, Puan Liyana..
ore pasir puteh.. abe ore Perak..
Actually Puan Liyana ni bff ibu sejak kami sama2 lapor diri kat JKDM Terengganu.. tapi Liyana ni muda 5 tahun dari ibu... so umur dia skrg 27 la.. muda lagi dia..

Sunday, September 6, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 Tahun | Pantai Batu Buruk

 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 Tahun 2015..
inilah kali pertama ibu bawa anak2 tengok perbarisan.. kebetulan ibu pun sertai perbarisan, tu yang anak2 ada peluang tengok sama..
sepanjang 8 tahun lepas ibu keje gomen, x pernah lagi la tengok perbarisan ni.. biasa kita bercuti ke lain atau dok umah jer...
InsyaAllah lepas ni boleh kita jadikan aktiviti tahunan kita..:)

Konvensyen KIK 2015 | AKMAL Melaka

11-14 Ogos 2015.. berlangsung konvensyen KIK JKDM Kali Ke 16 Peringkat Kebangsaan di AKMAL Melaka
ni adalah penyertaan pertama ibu... maklumlah ibu pegawai baru.. kena la sertai KIK ni tanpa gagal :( 
Arahan PKN tu.. haha 

So ibu kembali ke sini, AKMAL Melaka untuk KIK.. sebelum ni berkampung disini utk kursus asas penguasa kastam.. 7minggu

Sunday, August 16, 2015

23 Syawal | Majlis Raya PERKASA

Sabtu.. 23 Syawal
Majlis raya anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) yang diadakan di Hotel Sumai, sebelah Primula Hotel.. 
Majlis bermula jam 3.00 petang

19 Syawal | Sambutan raya di Bahagian Pematuhan

Raya Day 19..
 Jabatan Kastam Terengganu biasanya setiap tahun buat majlis raya open kepada orang awam..
tapi tahun ni xde bajet kot.. so kami buat majlis secara tertutup jer..
setiap aras akan provide makanan masing2..
So bahagian ibu menu utama sate dan laksa penang.. nyum2..

gambo ni masa hari persiapan sehari sebelum majlis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...