Ibu ada followers ke??

Monday, December 10, 2012

adik beradik ibu

Hari ini mood nak story pasal adik beradik ibu..
Adik beradik ibu semuanya ada 7 orang.. sebapa dan seibu...
kemudian arwah nenek meninggal pada tahun 1999, dah atok telah berkahwin lagi dgn nenek yg sekarang ini,
nenek ada 2 orang anak perempuan dengan arwah suaminya yang dulu.. tapi ibu x dapat nak upload gambar mereka sebab xde dalam simpanan..

inila dia atok & nenek tiri along & farah :) 
garang ek muka atok..hihihi
nenek, yasmine & maksu..
nenek memang baik sangat..
layan kami adik beradik macam anak2 sendiri :)
Hanya Allah yang akan membalas jasa2nya
nenek masa datang ke terengganu pada Disember 2011 
 (setahun yg lalu)

ini adalah paklong, namanya Mohd Sufian bin S.Hamid
umur 31 tahun..
bekas kapten askar, dulu study kat ATMA & ada ijazah kejuruteraan awam..
sekarang dah bersara awal & beralih ke bidang insurans sebab pendapatan lebih lumayan..
sesiapa nak beli insurans TAKAFUL MALAYSIA boleh contact paklong @ 0132060170
"Mencari Yang HALAL Itu WAJIB''...especially bab2 insurans ni..
sempat lagi buat iklan ek
Anak sepasang : Nur Damia Umairah & Muhammad Khalis.
Isteri : Rosiah binti Muda, asal Ajil Terengganu.. (terengganu jugak)
Sekarang mereka stay di Melaka :)



ini pulak ibu la..hehehe
Siti Hayati bt. S.Hamid, umur 29 tahun (tua sudaaa..)
ada degree in accountancy & now bekerja gomen di Jabatan Audit Negara Caw Terengganu.
 Ayah : Muhamad Razali bin Muda, asal Terengganu..
anak sepasang: Muhammad Haiqal & Farah Aqilah..
Sekarang stay di Terengganu..



 raya 2011

@ majlis konvokesyen Kak G - UPSI Perak

 ini pulak ialah makde, Siti Helmi Bt S. Hamid, umur 28 tahun
ada dgree in computer science tapi kerja bidang yang amat berbeza..
bekerja sebagai kerani akaun di Taman Negara Pahang..
Suami : Mohd Zaid bin Yusof, asal Jerantut Pahang..
Anak sepasang : Yasmine Aulya & Aliff Neo Ghazy..
sekarang stay di Jerantut Pahang..

raya 2011, tumpang bergambar di kereta paklong :)
 ini pulak ialah cik salim.. Namanya Mohd Salim bin S. Hamid..
umur 26 tahun..
kawan opis dia gelar dia ''Ady'' sebab org kata ada iras2 ady putra..ye ke???isskkk3..
Cik Salim ni x sambung belajar pun...lepas SPM terus dapat jadi askar..
Sekarang berkhidmat di Tentera Udara di Kem Sungai Besi, KL..
Dah naik pangkat tapi x pasti level apa.. cuma yg pasti gaji dia dah potong gaji ibu ok...ngelat tul!!
Nama isteri : Nursyafiera bt. Zamberi, asal Kedah..
Anak : Siti Sara Syauqiyah (a'a)..
sekarang stay kat KL..

ini pulak anak yang ke 5, namanya Mohd Shahrum bin S.Hamid
(cik Sarum)
umur baru 25 tahun..tapi dah berkahwin yer...
xde anak lagi..
isteri : Aliani bt. Ali
belajar separuh jalan je kat Uitm Machang, Kelantan.. x habis belajar pun sebab ada kes..hehehe
Tapi Alhamdulillah sekarang dah jadi 'orang'..
bekerja jual insurans jugak.. semoga cepat naik pangkat! :)
Sekarang stay kat Melaka..
bergaya dengan Toyota Caldinanya masa raya 2011

Ini pulak anak yg ke 6...cik Ain..
Nama penuh Siti Nurain bt. S.Hamid, umur baru 19 tahun..
Cik Ain ni lagilah, lepas SPM terus berkahwen.. xnak sambung belajar dah...
ibu pun kawen awal jugak, umur 20 tahun..tapi sempatlah jugak sambung belajar kan..
xpela, dah hati x nak, x boleh nak paksa kan...
Suami : Ainul (nama penuh xtau), asal Melaka..
xde anak lagi..
Sekarang stay kat Melaka.

 Ini adik yang bongsu, maksu..
Nama Siti Nur Azlin bt. S.Hamid..17 tahun..
Sekolah di Sek Agama di Simpang Renggam (dok asrama)..
baru je selesai amik peperiksaan SPM bulan ini...
Semoga berjaya Maksu!!
cita-cita nak jadi cikgu :)
semoga mencapai cita-cita itu...
Sekarang stay dengan atok & nenek la di Kluang , Johor...

Nasihat ibu kat maksu ''Jgn kawen cepat macam ibu, habiskan belajar dulu, ada kerja baik baru la fikir pasal jodoh..heheh...
tapi kalu dah jodoh awal nak buat macamana kan???
Ini la adik beradik ibu 7 orang..
ibu doakan semoga hidup semua adik beradik ibu sentiasa diberkati oleh Allah walau di mana pun kita berada...
Dan semoga amalan kita di dunia ini dapat membantu arwah mak lebih tenang di'sana'..
Amin...




No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...