Ibu ada followers ke??

Saturday, December 15, 2012

roti canai lagi ~ Mydin Mall ~

Pagi ni ayah ajak kami makan roti canai...
semalam dah makan pagi nasi minyak, masakan tukang masak kat kedai..hahaha
so hari ni tekak nak benda lain pulak..so layan je la gambar2 kami nih :)

ni dah bersiap2 nak keluar..tunggu ayah bersiap...
ayah lambat sikit bersiap sebab rutin ayah setiap pagi kena cerut rumput bagi lembu2 dia makan dulu..
pastu baru la tuan pulak nak makan..


anak2 ibu ni melayankan jer ibu mereka yg suka amik gambo nih..hikhik
nakal along, tarik hidung dia :)
 mula2 nak makan roti canai kat wakaf tapai jer, tapi kedai tu tutup la pulak...
so terus zoom ke bukit payung..
plan nak makan roti payang, tapi kawan ibu, cik yann kata kedai tu buka pukul 5 ptg hingga malam...
ayah dah kata dah kedai tu buka malam tapi ibu x dengar..hahaha
so kita makan kat tempat biasa kita pergi, Restoren Maidah Bukit Payung..
kuah kari dia memang sedap...
bawa keta ibu pulak kali ni..
along pagi2 dah air sejuk

roti tisu ibu... for 1st time ibu nak try...
sedappp banget... mcm roti canai gak, cuma ia tipis & rangup.. kemudian dicurah dengan susu pekat manis from the top..
sikit je pun susunya :)
then, lepas makan kita zoom ke Mydin Mall..
alang2 dah arah ke bandar, ayah nak beli kasut sekolah along & farah...
hari tu memang dah beli kat Kedai Pakaian Hari-Hari tapi tersalah saiz..
masa nak tukar saiz pulak, saiz dorang xde..
 then belian pulak x boleh cancel...so ibu terpaksa tukar dengan pakaian untuk dorang... rugi x???
x rugi pun sbb baju2 boleh dipakai kan...
entry kat SINI

sempat snap gambo dorang turun eskelator jer kat Mydin...
eskelator ke?? bedal la..
x boleh lama2 sangat kat Mydin ni, kang penuh bakul dengan barang2 yg kurang penting..hihi
x banyak pun yg dibeli...
barang2 dapur sikit, susu anak2, baju anak2 & kasut sekolah..
baju farah 2 helai.. sampai umah terus nak pakai...
baju mcm baju budak lelaki tapi dah adik nak..xpela..
lagipun baju xde lengan ok la nak pakai kat umah musim2 panas..
ibu cari kaler2 perempuan sikit.. merah & oren.. 
 kasut adik 2 pasang..
sepasang kasut barbie dapat free sebuah beg galas kat bawah ni..
comel kan??

2 pasang baju along..
x habis2 dengan ultramannya... power rangers juga :)
2 pasang baju utk baby aliff...
next weekend nak melawat mereka di Jerantut... 
ibu dah terbiasa kalu melawat sepupu2 along & farah, mesti nak bawa hadiah... untuk si kakak belum beli lagi... dia suka princess..nanti la ibu cari...
ni pulak kasut along... sama sebijik macam yg beli kat Hari-Hari dulu..cuma jenama je lain :)
adik bergaya dengan kasut baru... x sabar nak sekolah :)
dengan beg2 sandang yg dapat free
along pun dengan kasut barunya :)
beli solivite ni sebab nakkan kad kartun kat dalam tu jer..
sampai rumah lebih kurang jam 11.30 pagi..kena balik awal sebab ibu nak masak for lunch..
then petang nanti nak pegi makan gulai kawan ibu pulak..

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...