Pada hari ini, 15.12.12 kawan ibu cik Noor telah menjadi suri dihati suaminya, Azmin :)
Cik Noor ni ibu kenal masa mula2 ibu lapor diri di Akademi Audit Negara di Nilai, Neg 9 untuk post penolong juruaudit sekarang ni..
dia la orang pertama yang ibu jumpa masa pendaftaran sebab Cik Noor berasal dari Terengganu...
memang ibu cari orang Terengganu sebab mudah nak kenen2 minta tukar suka sama suka nanti..hahaha..niat jahat tu..
Dalam masa tu juga kami menjadi semakin rapat sebab ibu sebilik dengan Cik Noor.. :)
Cik Noor ni masa ke Akademi Audit dulu abang kandung dia yang hantar, sewa keta kawan...
then balik ke Terengganu, abang dia tumpang kereta ayah...
sepatutnya ayah mestilah tahu rumah Cik Noor ni kat mana kan sebab ayah pernah hantar abang dia sampai depan rumah...
tapi malangnya ayah dah lupa :(
almost dah 5 tahun..
tapi malangnya ayah dah lupa :(
almost dah 5 tahun..
now kita dah sampai kat rumah Cik Noor.. lebih kurang pukul 4.00pm lebih..
kita lewat sampai sebab memang ibu saja nak pegi lambat..
bukannya pegi nak makan (takut lauk habis) tapi nak meraikan hari bahagia Cik Noor..
pegi awal2 kang Cik Noor sibuk bersolek & bergambar...
x dapat nak jumpa lama sikit kan..
Cik Noor dah bertukar baju lain... maklumlah banyak pulak persalinannya..
(Cik Noor la yang bgtau)
ibu rasa kami sama tinggi jer..hahaha
Masa ni suami Cik Noor sembahyang asar..
so xdapatla nak amik gambar dengan sepasang pengantin baru..
but its ok la...yg penting dapat bergambar dengan kawan baik ibu ni..
paling latest kitorang jumpa masa assessment untuk Juruaudit di Kemaman pada 1.6.12 kalu x silap :)
malangnya ibu gagal, tapi Cik Noor berjaya...
tahniah Noor!! selamat dah pun pegi temuduga..semoga tercapai cita2mu Cik Noor!
ibu suruh anak2 turun pelamin kejap sbb kami nak amik gambar berdua jer...
tapi along & adik tetap nak berkepit jugak dgn ibu..haihh~
bedal je la nak oiii..
duduk la pulak...
x ramai dah tetamu...
so boleh la nak menyibuk kat pelamin Cik Noor lama sikit..
adik Cik Noor tukang amik gambar...
bape banyak snap daaa yg adik dia buat..:)
ibu masukkan yg ok2 saje..
ini la Cik Noor..
Noor Radiah binti Ariffin
ibu wish Cik Noor supaya dapat baby cepat2 sikit...kasi potong ibu..hahah
sebahagian hantaran
kat umah orang pun sempat lagi nak kejar anak ayam :(
nak balik dah
goodies yg ibu & anak2 dapat...3 beg lagi... ayah x dapat pun..hehehe
ayah & ibu sehati sejiwa la pulak hari nih... hijau..
bunga maggar yang sempat dirembat kat tepi jalan tadi..hikhik
baik jer dok kat belakang..siap bertali keledar..:)
along...mcm dah mengantuk je tu.. pandai pilih baju sendiri tu..
pandai dah nak bergaya si abg nih :)
adik
souvenier yang kami dapat.. comel kan?? boleh buat simpan cincin2 ibu nanti..
ibu doakan semoga Cik Noor bahagia selamanya bersama suami tersayang...
dikurniakan rezeki & anak2 yang comel...
serta dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat...
amin ya rabbal'alamin
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!