Ibu ada followers ke??

Saturday, June 22, 2013

jom exercise!

Petang Jumaat... ibu ajak Kak G & anak2 pegi berjogging lepas Asar..
lama sangat badan ibu ni bermanja2an x exercise..
ayah pulak x dapat join sebab kerja..
 lately ayah menoreh pagi dan petang..
sebabnya orang Thai yg menoreh sebahagian getah ayah eksiden.. x boleh nak kerja..
tu yang ayah kena buat sendiri a.k.a keje lebih masa..
 ''demi mencari rezeki lebih untuk keluarga kita'' hahaha
ungkapan ni la yg ayah suka sebut2 nak jaga hati kami..
tapi sebelum ke taman rekreasi (sebelah perpustakaan Kuala Berang), kita singgah kejap di Kedai Kasut You nak beli kasut sukan adik.. kasut adik yg ada dah ketat..
maklumlah anak ibu semakin sihat membesar..
kasut pun dah sempit..
kat kedai tu x banyak pilihan.. so ibu amik je mana yg berkenan di mata, tanya saiz & bayar..
ibu bajet harga kasut adik ni dalam RM30-40 jer.. 
biasa range harga macam tu jer kat Kedai Kasut You ni utk kasut budak2..
tup2 masa bayar harga dia RM69.90.. mak aii.. mujur bawa duit lebih.. iskkk3
along pun merengek jugak nak kasut sukan baru..
dengki adik dia beli yg baru.. padahal along punya masih cantik & elok dipakai... (gambar di bawah)..
nak pujuk punya pasal, belikan 1 sandle spiderman untuk dia.. 
baru la mood molek sikit.. :)
along.. along... lihatlah peel kamu ni nak... asyik mendengki jer. adik pun sama jugak.. esok2 dah beso, mesti x ngaku ni..
 kasut baru farah
 wahhh.. adik bersemangat nak berlari ni :)
 


 ibu, along & adik..
along masih x puas hati lagi sebab dia x beli kasut baru.. haihhh~
ibu sedang memujuk along... bukan ibu xnak belikan tapi kasut along masih ok...
bukan ada sepasang ni jer, kat rumah ada lagi sepasang..
dua2 masih molek.. xde sebab ibu nak belikan yang baru...
so ibu pujuk raya nanti ibu belikan yg baru... adik x boleh dah sebab dah beli..
 ibu sedang kemaskan kasut along..
macam2 karenah dia nak kasut baru..
kasut yang dia pakai sekarang itu la, ini la.. ermmm~
adik semangat berlari... tapi x sampai 1 round pun, dah lelah..
biasala, orang badan beso mudah penat..
ibu pulak yg kena tunggu dia...


 along merajuk & x nak pakai kasut dia..
tukar sandle semula..

sian adik kepenatan.. x larat dah katanya..

adik cepat dah berpeluh... ibu masih x puas lagi berjogging... kena berjalan je la sebab nak teman adik yg x boleh nak berlari ni.. hahaha
 along mengusik adik dia

 ibu muka mengah... lepas 2 round jogging.. 
kena jugak tinggal adik w/pun dia menangis suruh teman dia.. hihi

 dahaga... share air ngan abang

sian adik dah penat... ibu kata kalu nak kurus kena jogging..

 kemudian kita ke bahagian lain... 
kak G ajak ibu exercise naik turun tangga..
lebih mudah sebab x perlu berjauhan dengan adik..





adik pun exercise kat tangga jugak..

along macam biasa... meneroka permainan baru.. ada2 je along ni :)
adik kepenatan, memerhati kami di buaian

main permainan ni pulak.. ibu pun cuba.. pening kepala berpusing2, siap nak muntah.. 
tapi ibu pelik tengok along, steady jer main siap main banyak kali.. haihhh~
 pemandangan petang yang nyaman di sungai Kuala Berang



ada jet lalu kat atas langit
kami kembali ke tempat asal..

setelah penat exercise, anak2 ibu nak main kat playground pulak..
 ibu la yg jadi mangsa kena pegang dorang.. kalu ayah ada, ayahlah yang layan anak2..






 kemudian kita exercise lagi

 
adik nak buat sit up
ibu pun sama buat sit up.. tegang rasa perut ibu lepas buat exercise..


exercise kaki pulakk


 taman rekreasi ni memang penuh dengan orang awam setiap kali hujung minggu...
ramai yang dah sedar tentang kepentingan beriadah bagi mengeluarkan peluh dan peredaran darah yg baik..
 ada jugak yang datang untuk bawa anak2 bermain je..
 anak2 ibu nak main buai la pulak..






 pukul 6.30 petang kita bertolak balik..
ayah pun nak balik jugak dah waktu2 macam ni...
on the way balik kita singgah ke KFC sebab tok kirim beli ayam goreng...
penat berjogging, balik rumah ratah ayam pulak..
 tapi ibu rasa makan ayam xpe, cuma kena kurangkan pengambilan nasi bagi mereka yang betul2 nak kurangkan berat badan... hehe

4 comments:

  1. besarnya betis farah tu..nmpak besar dia pada haiqal..hehehe

    ReplyDelete
  2. haah..memangla dia lbh beso dr abg.. berat dia 25kg abg 20kg jer..hehe

    ReplyDelete
  3. yup...xcercise naik turun tangga juga byk membantu burn kalori...sian farah...utk permulaan blh jer suruh dia jln2 n slow jog...akak pun bimbang ngan berat Aiman sekarang...iskkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hari2 pun naik turun tangga kat opis kak.. even akk n yann pun sama kan..kat rumah naik turun tangga.. burn la jugak kalori tu walau sikit....hehe

      Delete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...