Ibu ada followers ke??

Wednesday, June 26, 2013

rawatan nyahtoksin dengan kaedah rendaman kaki

Pada 24.6.2013, ibu ditemani member opis ibu, Cik Yatie Hamat pegi buat rawatan nyahtoksin..
pagi2 buta ibu masuk opis, Cik Yatie cerita tentang asben dia yang dah buat terapi ni dengan keputusannya sekali..
ibu pun excited la nak cuba..
 bab2 kesihatan ni memang ibu suka nak cuba sebab nak tahu sejauh mana kesihatan ibu..huhu

ini dia Terapi Ion (rendam kaki)

ini adalah sistem terapi pembersih ion yg menghasilkan ion-ion positif dan negatif di dalam air yang mengalir di dalam tubuh secara automatik dan berenergy. Mencipta keseimbangan dengan memecah, mengeluarkan toksin, bahan buangan metabolisma dari tubuh melalui liang2 di telapak kaki..

jom tengok dulu peranan setiap bahagian di telapak kaki kepada tubuh kita

kebaikan menjalankan terapi ion ni..

kedai ni baru 3 bulan beroperasi.. terletak di Jalan Sungai Rengas, bersebelahan dengan Restoren Sri Wangsa..
caj dikenakan hanya RM10 bagi setengah jam pertama..
setengah jam seterusnya hanya perlu tambah RM5..
maknanya 1 jam RM15...
mula2 kaki kita dimasukkan ke dalam air..
kemudian mereka masukkan garam laut mati dan dicas dengan arus apa ntah namanya..
menurut pekedai tu, kalau kat kedai lain mereka hanya guna garam biasa atau garam bukit..
 lihat.. x sampai 5 minit pun dah keluar kotoran dari telapak kaki kita..
 lama2 semakin banyak kekotoran tu

 keluar pulak minyak kekuningan.. ini tandanya kolestrol berjaya dikeluarkan..
semua orang pun ada kolestrol cuma rendah atau tinggi jer...

 ada jugak keluar kaler2 hijau gelap... itu tandanya toksin dari hati/hempedu..

keputusan rendaman kaki boleh dibaca di bawah ni...
keputusan ibu, banyak kolestrol yang keluar.. juga toksin dari hati & hempedu..
menurut cik yatie hamat perubahan air ibu x seteruk dia & asben dia punya..
so far kolestrol ibu memang rendah antara 3.0-4.0, x pernah lebih 5.0 pun..
saje la ibu buat rawatan ni untyuk mengurangkan lagi kolestrol yg ada..

bagus untuk mencuba rawatan ni... 
sebaiknya dilakukan 12 kali selama 30 minit setiap kali rawatan..
menurut pekedai lagi, bagi yang nak menurunkan berat badan juga amat sesuai buat rawatan ini..

3 comments:

  1. selamba je kita kene tipu,,sah2 nmpk kelodak karat tu keluar dari kotak hitam.. tu karat yg keluar selepas cas letrik dialirkan.. bukak
    youtube.. search
    "terapi ion rendam kaki satu penipuan"

    ReplyDelete
  2. https://www.youtube.com/watch?v=64WjxHBTFY8

    ReplyDelete
  3. ye ke? masalahnya ada kesan kat tubuh lepas buat benda ni...rasa ringan jer badan.. dan ada member yg rasa letih/sakit2 badan pada malam harinya.. depends pada badan masing2.. tu kesan apa pulak yer?? kalu simply air karat keluar dari kotak hitam, rasanya xde kesan apa2 kat badan.. saya juga ada beli garam tu dan buat kat rumah.. memang ada kaler yg keluar :)

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...