Ibu ada followers ke??

Thursday, June 27, 2013

jom menderma darah

27 Jun 2013..
hari yang bermakna buat ibu.. sebabnya ibu dapat juga menderma darah..
lama dah berniat cuma x tau kat mana nak menderma & kurang pendedahan..
kebetulan sampai surat dari Kelab MAKSAK ni kat pejabat ibu, boleh la nak menderma..


dulu masa zaman belajar di Universiti ada jugak aktiviti ni..
yang kelakarnya dah siap makan nasi lemak (disediakan), errrggghh dah kenyang, cek darah dah bereh, last2 masa timbang berat badan x lepas la pulak.. berat time tu hanya 45kg.. sedih :(
syarat nak derma darah mesti lebih 45kg...

jom layan je gambar2 semasa menderma darah... 
kena isi borang dulu yer..
 
ada sesi cek kesihatan di meja sebelah untuk penderma2 yang berumur lebih 30 tahun sahaja..


ibu dan Cik Nurul jer yang bersemangat nak menderma.. 
yang lain2 takut & ada yang sedang datang bulan..
kalu datang bulan & masih menyusukan anak (sehingga anak berusia 2 tahun) x boleh menderma yer :)
ibu2 yang x menyusukan anak pun, tapi ada anak berusia kurang 2 tahun, x boleh menderma juga..
mcm pelik je kan?? tapi begitu la kata nurse tadi...
bagi ibu2 yang masih menyusukan, keletihan adalah faktor utama..
bagi yang ada kencing manis, darah tinggi dan penyakit2 lain, tido x cukup 5jam malam tadi, juga x boleh menderma..
 meja ni pulak untuk penderma cek darah jenis apa & hemoglobin darah..

 ibu cek darah.. Alhamdulillah.. passed..
tapi Cik Nurul x pass sebab masih menyusukan anak..


 lepas cek darah masuk ke dewan ni pulak..

sudut print sijil & beg2 goodies
 kat dalam kena cek tekanan darah pulak.. passed!

sampai masanya.. jeng.. jeng...
ibu tengok tempat lain masa kena cucuk jarum.. ngeri..
 x sakit mana pun sebenarnya.. sebelum tangan ibu dicucuk untuk cari urat, tangan ibu dibius terlebih dulu.. tu yg x sakit tu :)
 hanya 1 paket je nurse amik.. 450ml
ibu disuruh genggam kayu tu & buat exercise jari jemari masa darah sedang diambil
 peralatan amik darah

jarum dah dicabut.. ibu disuruh rehat selama 5-10 minit.. semua orang pun macam tu..
abaikan muka galokks ni yer.. hehe
 Cik Nurul peneman setia.. kesian dia x dapat nak derma.. padahal semangat giler dah tadi :(
 ni borang nak amik goodies.. kena isi dulu untuk nak keluar sijil..
 suasana di dalam dewan



yeaayyy.. ibu dapat sijil.. boleh masuk SKT  :)
dapat buku kecik ni jugak.. buku daftar menderma darah..
banyak benefitnya buku kecik ni..
 dapat goodies lagi :)
apa yang ada dalam beg goodies tu ek??
- botol air
 tuala mandi.. besar giler saiznya.. boleh buat berkemban..
beg berisi buku nota & pen (so, 2 beg la ibu dapat)..
 roti + air kotak
 juga 2 stiker di bawah ni :) siap dah tampal kat opis lagi..
ibu rasa seronok dapat menderma darah.. first time la katakan..
mana tau darah ibu tu nanti amat2 bermakna untuk orang lain kan...
next time ibu nak menderma lagi sebab dah tahu kat mana nak menderma selepas ni..:)
harap kawan2 ibu yang lain pun menderma juga yer...
amat2 bagus untuk kesihatan kita.. 

dan tujuan entry ni dibuat bukanlah untuk menunjuk2 sebab ada yang berfikiran begitu.. xde apa yang nak ditunjuk pun kan..
ibu hanya nak share kepada kawan2 yang menderma darah ni x sakit pun sebenarnya.. sampai ada yg tanya ''x pengsan ke??''
jawapannya ''tak".. ibu siap boleh berjalan kaki beberapa ratus meter ke wisma persekutuan pulak lepas menderma darah..

dan lagi darah kita x kan habis pun... malah akan terhasilnya darah baru.. (sebab ada yang kata ''nanti darah saya habis'')
x logik langsung kenyataan itu kan.. huhu..
ianya sangat baik untuk tulang sum-sum kita kerana _________. apa erk?? x ingat dah apa yang doktor katakan tadi.. hahaha..

2 comments:

  1. Akak pun niat nak derma tp time kau bgtau akak pose lah pulok. Kes akak lahirkan eno masih dlm kenangan coz 3 bag darah org awam tlh akak gunakan. Harap ada masa & ketika akak dpt ganti kembali darah tersebut...InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar la akk ni.. siap nak ganti darah pulak.. xpe, boleh nak derma bila2 masa kat klinik rawatan harian di Hospital Sultanah Nur Zahirah.. anytime boleh.. 3 bulan sekali boleh derma.. nanti dia rekod kat buku merah kecik tu :)

      Delete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...