Ibu ada followers ke??

Friday, August 30, 2013

1st trial | baju kurung berlace

Nak dijadikan cerita, sebenarnya ibu x berape minat dengan baju kurung plain ni..
tambah pulak bila kain baju plain tu kain batik ke, corak abstrak ke dll...
Tapi, raya tahun ni ibu tengok ramai sangat orang pakai baju raya jenis kain plain, pastu letak lace berbunga..
kat fb pun ramai jugak yg mempromote baju2 jenis ni.. ready made..
harganya agak mahal juga.. range RM150-RM240
tengok kat kedai baju depan bastand Kuala Terengganu, harga paling murah RM180..
cantik walaupun agak mahal tapi berbaloi sebab lace tu siap tambah manik2 lagi.. meriah ko..
cuma yang x bestnya, kain jenis x resap peluh & panas..
kalu kain cotton consider ok la..  
cantik kan baju2 kat bawah ni.. 

 ibu berkenan pulak dengan baju kawan opis ibu, Cik Aisyah pakai masa jamuan raya pejabat ibu..
tapi ibu rasa lace dia agak crowded tapi sangat cute..
kaler baju + lace pun ok, xde la striking sangat..

disebabkan dah berkenan, ibu pun tanya la Cik Aisyah mana dia beli lace tu..
ibu decide nak try buat sendiri.. 
pejabat ibu dekat je ngan kedai kain, apa lagi, menjadi la plannya...
ibu beli 2 pasang baju plain, kaler biru & pink ungu..
lace pulak ibu pilih yg simple2 jer, x crowded, x over & sesuai untuk pakai pergi kerja.. hehe

 lace ibu beli hanya untuk sepasang baju je dulu.. nak tengok macamana.. kalu comel then boleh fikir nak beli patern yg macamana pulak..
lace ni ibu beli yang murah2 jer, RM16 semeter.. ada juga yg RM36 semeter (bunga besar)..
ibu tanya seller, dianggarkan untuk baju kurung riau perlukan 2.5 meter..
tapi baju ibu ni cuma pakai 2 meter sahaja.. isskk rugi3..

 ni dia baju ibu yg dah siap pasang lace..
sebelum jahit, lace ni kena bakar dulu tepi2 dia agar x berburas nanti..
zoom sikit..
boleh la walaupun agak simple...
baju biru tu pulak ingat nak buat baju kurung moden..
nampak gayanya kena hantar ke tailor la pulak.. :)
****************************************
UPDATED
testing2.. ibu dah pakai pegi keje :)
member2 ibu kata dah macam student je ibu pakai tudung & kasut macam ni.. 
ada pulak yg cakap ibu ni macam xde anak lagi..haha.. 
perasan muda jap.. ngee~
 disebabkan itu, meronta2 la hati ni nak tukar tudung supaya nampak lebih matang & ladies.. hehehe..
makanya lunch tadi ibu & Cik Yatie Hamat meround kedai tudung atas bastand mencari tudung yang sesuai..hihi

gambar sebelum & selepas..
memang gambar 'selepas' nampak lebih tua.. huhu

 

3 comments:

  1. kalau nak lagi cantik guna la kain shiffon ok. baru la nampak lagi cantik.
    baju contoh kat atas sekali tu kain shiffon full lining. selamat membeli ok.

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...