Ibu ada followers ke??

Sunday, September 1, 2013

musim buah datang lagi

Musim buah datang lagi..
Alhamdulillah, tahun ni buah2an kat kebun ayah semua menjadi dengan lebat sekali.. rezeki anak2..
cuma durian jer yang x berapa nak menjadi.. ada sikit2 untuk nak makan sendiri..
durian2 ni baru gugur pagi ni.. ayah kutip kat kebun..

ni pulak rambutan 'kerok nyor'.. rambutan 'budak sekolah' pun ada.. sedap jugak.. tapi ramai yg lebih suka kerok nyor..
susah nak jumpa kat pasar2.. 
tahun ni rambutan ayah menjadi & lebat tapi malangnya kerengga terlalu banyak.. ayah terpaksa jual pokok ke peraih..
peraih kena panjat sendiri la jawabnya.. 
xtau la ayah tolak berapa rm sepokok.. ibu pun x pernah tanya..
cuma ayah ada tinggal sepokok dua untuk kawan2 ibu yang request nak beli..
sebenarnya ayah x galakkan ibu jual buah2 kat pejabat.. buat susah ibu jer bawa kesana sini..
tapi dah ada demand, jual je la kan.. nak malu apa..
duit jualan lak ayah bagi jer kat ibu.. buat isi minyak.. haha
ibu jual rambutan ni 1kg RM3 je.. okla tu kan.. kalu kat pasar memang murah tapi bukan jenis rambutan ni.. :)


ni pulak buah dokong.. pun lebat jugak..
mcm biasa jual ke peraih, peraih panjat sendiri...
dokong ni ada iras2 buah duku gitu.. manis molek..
tengoklah boleh dikira bape biji ayah bawa balik untuk kita makan..
ayah kata kalu amik banyak pun, kita x makan mcmana pun..
memang betul pun.. ibu & anak2 bukanlah jenis melantak buah2 ni.. 
Tok pun penah komplen kenapa ibu ni x suka makan buah2..haha
mungkin sebab dah ada banyak depan mata... tu yg x berapa nak jalan tu..
 buah manggis.. harga agak mahal ayah kata.. RM6 sekilo.
ayah akan tanya ibu dulu, ibu nak makan ke x? kalu nak makan baru ayah bawa balik..
sebabnya buah ni cerewet masa nak petik..
kena beralu dan berhati2.... jgn sampai buah jatuh ke tanah..
nanti jadi masam..
& this week kita terpaksa tangguh cuti2 merdeka kita gara2 ayah ada janji dengan orang nak datang petik buah manggis ni..
ayah sayang pokok2 dia tu sebab ayah perhati orang memanjat.
buah limau madu.. 
pokok tepi umah jer.. buka tingkap dah nampak..
semalam ayah petik sikit untuk ibu, sian hidung dia kena ketik tebuan.. ermm.. kerana nak amikkan buah limau untuk ibu yer..
 buah limau yang manis banget..
letak dalam peti ais lagi sedap makan..

 petai.. bukan buah.. tapi sedapp juga bila dimakan.. haha
ada orang x bagi pun isteri dorang makan sbb busuk nanti..
tapi ayah sporting jer.. heheh..
petai pun antara hasil yang ada harga di pasar..
pokok tinggi2 tapi ayah biasa la.. mahir memanjat..
semoga ayah selamat selalu

 buah duku..
pokok ni belakang umah kita jer, ibu dok beranda kat dapur & snap gambo
meranum dah tapi x masak molek lagi..
family ibu di Johor suka sangat lah makan buah duku ni.. amat berbeza dgn duku Johor..
ibu plan nak ajak adik beradik ibu, atok & nenek bercuti dirumah kita bila buah duku ni dah masak molek nanti..
 pokok duku depan umah kita.. pun masih putik & x masak lagi
 geram tengok buah2 duku yang lebat memutik ni.. rasa macam nak gigit2 jer.. tapi bila dah masak, x makan mcmana pun.. ermmm

pisang lemak manis..
ayah yg tanam.. sejuk tul tangan ayah bab2 tanam pokok..
masa ayah tanam pisang ni, sambil borak2 ngan ibu dan ibu cabar ayah yang pokok ni x menjadi..
tapi Alhamdulillah, menjadi dan x sempat pisang masak, dah ada orang yang nak..
kalu lah kita betul2 usahakan ladang pisang, mesti berbaloi2..
 ni dia buahnya, tggu orang ambil petang nanti..
nak ikutkan tanah belakang rumah kita luas lagi, boleh buat sebuah rumah pun...
tapi arwah toki banyak tanam pokok duku dan pokok kelapa..
kalu x, boleh juga kita usaha tanam pokok pisang macam jiran sebelah, Pok Mat (pok sedara ayah)..
demand pisang tinggi.. harga pisang lak mahal..
ayah pernah juga terfikir nak buat tapi x menjadi2 lagi..
Semoga ayah menjadi lebih bersemangat dan rajin selepas ini.. amin..

2 comments:

  1. untung bila berbudi pada tanah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak nora... arwah FIL dulu kaki buat kebun.. skrg anak dia nurun...

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...