Ibu ada followers ke??

Tuesday, September 3, 2013

# 20 sen #

Malaysia digemparkan dengan kenaikan harga minyak petrol #ron95 sebanyak RM0.20/L malam tadi bermula jam 12.00 malam..
macam2 komen dari M'sian kat fb, blog, twitter dan lain2..
ibu sendiri? ntah la, apa nak komen lebih2..
redha je la dengan ketentuanNya..
penat mengomen pun bukan harga minyak boleh turun kannn..
Anggaplah ia 'hadiah' sempena kemerdekaan M'sia yang ke 56 tahun ni.. :)

saje la ibu nak sharekan dengan kawan2 ibu, sebuah puisi yang ditulis oleh 'siapa ntah?' berkaitan isu naik harga ni..
bermakna jugak bait2 kata dalam puisi ni.. enjoy~

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.

Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.


Pengajarannya, bagi kita yang berkemampuan ni, janganlah lupa pada yang tiada..
nak cakap sedap pun, fikirlah orang disekeliling..
kerana nasib setiap insan x sama..

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...