Ibu ada followers ke??

Sunday, September 8, 2013

program makan buah-buahan tempatan

 Almaklum, sekarang masih dalam mood musim buah..
So pejabat ibu pakat nak buat program makan buah2an tempatan pada 7 Sept 2013, jam 3.00 petang..
masing2 bawa buah dan makan sama2 kat tempat yang dipersetujui..
Asalnya plan nak buat di Pantai Batu Burok, tapi memandangkan takut ditimpa hujan, kami beralih ke Kuala Ibai.. 
sebabnya kat situ ada pondok, in case hujan tetiba turun...

Lalu ibu pun suarakan hasrat hati kat ayah nak join sama..
dah kita ada rezeki lebih Allah bagi, apa salahnya berkongsi dengan kawan2 kan?
Ayah xde halangan, setuju join sama..
hari Khamis lagi ayah dah mula amik buah duku, dokong, langsat, manggis, durian dan rambutan..
 dapat whatsapp dari Cik Yatie Hamat, dia nak bawa karipap isi ubi kentang
Pagi sabtu tu Ayahde (Kemaman) singgah umah kita lepas balik dari berubat Makde di Kuala Terengganu.. 
Ayah bawakan sikit buah duku, pisang, cempedak, rambutan dan durian yang ayah plan nak bawa ke program pejabat ibu..
Jadinya, ayah kena la panjat semula pokok duku nak bawa ke program ibu pulak.. huhu
jam 2.30 petang baru turun dari pokok dan kita bertolak jam 2.45 petang..
So buah2 ini saja la yg ibu bawa sbb yang lain dah bagi ke ayahde..
duku, dokong, langsat & manggis..
adik ayu bertudung otw nak ke lokasi.. 
sampai di Kuala Ibai lebih kurang jam 3.15 petang..
ibu x lupa bawa slamm scooter along & adik..
boleh jugak mereka beriadah.. sebabnya anak2 ibu ni x makan mana pun buah2 ni..

 lokasi strategik.. bersih, aman, dan redup
 sampai2 jer, anak2 ibu nak bermain dulu..
x hirau dah nak makan ke minum..


ibu kena layan anak2 ibu dulu utk jaga mood mereka.. :)
 Cik Nurul & puteri keduanya, Amirah.. sedap tido..
 anak2 dah penat bermain, stop kejap makan jagung rebus, Cik Earnie bawa..
ayah makan kepok rebus, ibu sempat beli masa lalu di Pengkalan Setar tadi..


seronok berkumpul ramai2 macam ni.. dah macam ahli kuarga..
masing2 faham2 sendiri untuk bawa makanan dan kami share.. so happening!
 antara juadah yg ada, kepok rebus, jagung rebus, karipap, colek buah dan buah2an tempatan..


 buah2 memang banyak tapi xde la kami melantak sampai habis..
banyak buah2 yg lebih dan kami pakat bagi ke staf2 yang duduk bandar dan xde kebun..
 buah katak puru..

 ayah puas dah makan buah2.. so hari ni dia cuma makan kepok dan jagung rebus jer..
 ibu bersama Cik Earnie (sebelah ibu) dan Cik Ku Ziah (tudung kelabu) & anak2 daranya..
 ibu & ayah.. adik yg snap gambo ni.. boleh la~
tetiba teringat Cik Earnie kata, '' Yatt, berurat ek tangan Awang (panggilan manja ayah), pastu body ada muscle..
x payah makan apa2 untuk cantikkan body''..
haissh, ke situ pulak peginya Cik Earnie ni..
mana x nya, ayah kan keje kebun, keje berat.. gitu la jadinya kot..
 Cik Earnie kata gitu sebab anak bujangnya kini dalam proses nak dapat body ketak2.. supplement apa ntah yang dia makan.. haha
Cik Yatie dan anak bongsunya, Adeeb

ayah perhati along main scooter.. bila dah jumpa kawan, x boleh dah nak dok diam


 scooter adik dok saja, adik x main pun sbb x de geng. 
along dah ikut geng2 budak lelaki..
farah malu nak join sama..


 Cik Earnie dengan baju kelawarnya






 ibu & jagung manis rebus..
ibu x boleh makan buah2 lain sebab sakit tekak/selsema..
mujur ada jagung rebus ni..




 tetiba kuda lalu.. adik cecepat suruh ayah snap gambo kuda..
maklumlah kat umah kita xde.. hehe


 dah nak balik baru adik nak main scooter dia..

 anak Cik Earnie (baju belang), nama Akid Aikal
Along siap request, ''ibu boleh x amik gambo saya kat batu2 ni''..






 ibu & Cik Ku Ziah.. model buah manggis for today..haha

  Cik Suliana & anak2nya, Sara Amina (kakak) dan Suraya Amani.

 En. Mustafar Ibrahim bersama isteri & cucunya.. tahun depan nak pencen dah ni..


jauhnya ayah makan di nun.. kena pulau kot.. haha

 x senonoh betul ibu makan berdiri :(



 Sara Amina.. cute.. muka ikut sebijik muka ayah.. tengah merajuk ke apa ni??
 adik Sara, Suraya Amani
kemas2 dah nak balik.. ayah nak makan roti payang pulak.

nun di sebelah sana ada program jugak..
x pasti aktiviti apa.. opismate ibu, En Rosla hulur sebakul buah manggis kepada mereka..
sebabnya manggis banyak x termakan..

pergi berisi, balik dah kosong dah..
buah2 yang x habis dimakan ibu bagi je kat sapa2 yang nak.
beradong bawa bakul tu sbb ibu bawa kerepek ubi pedas dan kacang2 masa raya haritu x habis.. 
bukan baki yer, tapi baru buka dalam plastik.. daripada x dimakan, lebih baik bawa ke sini.. ada jugak orang makan :)

otw balik singgah klinik 1 Malaysia kat Bukit Payung, nak minta ubat selsema..
Pen. Peg. Kesihatan tu cek rupa2nya ibu ada demam sikit..
ibu sendiri x sedar pun yang ibu ni demam.. haha
tadi cuma makan seulas durian je, tapi ayah suruh tunggu 5jam jugak nak makan ubat..

Seronok join aktiviti makan beramai2 seperti ini.. 
Next plan kami nak buat BBQ pulak, macam yang opis ibu pernah buat dulu tahun 2011.. entry DISINI
tarikh & masa akan ditentukan kemudian :)

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...