Ibu ada followers ke??

Thursday, January 15, 2015

1st day lapor diri

  5.1.2015 Isnin...
1st day @ JKDM Terengganu
pegi keje awal sikit, jam 7 am sebab nak sampai sebelum 8am..
sebelum2 ni masuk keje kat Pej Audit jam 8.30 am, sempat lagi hantar anak2 gi sekolah dulu.. tahun ni start ayah la yang hantar anak2 ke sekolah :)
 
bulatnya la bila ibu pakai seragam ni ekk..
padahal berat kena turun 2,3 kg je nak capai berat ideal.. ermmm
tembam tang muka tu memang susah sangat la nak kempis balik.. haihh~
bergambar masa baru2 sampai pagi tu kat tingkat Pengurusan..  nak lapor diri kat Dato' Pengarah..

Sebelah kiri ibu tu Tuan Indera, 27 tahun, asal Kelate tapi mohon posting Kemaman (sbb wife dia PTD di Pej Pelajaran Pahang, Kuantan).. baru 3 bulan kawen, xde baby lagi..
Sebelah kanan ibu tu Tuan Zainal, 30tahun, asal negeri sembilan.. wife x keje.. anak sorg baru 7bulan kot kalu x silap..
Sorang lagi yg posting Terengganu ialah Puan Liyana..umur 27tahun, asal kelate.. masa ni x sampai lagi sebab dia baru bertolak dari Kelate lepas Subuh..
muda2 belako dema ni ek?? untunglah badan.. muda2 dah dapat W41...
ni dia Puan Liyana dari Kelate.. still single but not available.. dulu keje as akauntan di Malaysia Airlines System (MAS)
 
Penempatan di negeri utk ke stesen2 ni bergantung kepada kuasa Dato' Pengarah Kastam Negeri..
hari pertama ibu meeting dengan Dato', awal2 Dato' assign ibu dok kat GST.. ye r, seksyen hot kan... lebih2 lagi kalu kita ada accounting background..
Tetiba 2nd day masuk bilik Pengurusan, ibu nampak surat penempatan ibu diletakkan di Bahagian Pematuhan a.k.a Audit la pulak..
Audit & ibu memang x dapat dipisahkan lagi.. huahua.. :)
 
Alhamdulillah.. syukur sangat2... memang niat ibu dari awal sebelum masuk JKDM ni pun kalu boleh nak duduk Bhgn Audit..
maklumlah Bhgn ni ada extra elaun... RM400 tu.. sapa nak bagi kan?? Alhamdulillah sangat2.. rezeki datang tanpa diduga.. Allah mengetahui keinginan hati ibu walau tidak meminta bersungguh2... Alhamdulillah :)
kawan ibu yang lain, Tuan Zainal (Bhgn Pengurusan), Tuan Indera (GST di Kemaman) dan Puan Liyana (GST Kuala Trg)..

Dengarnya ada 2 lagi kekosongan W41 di Pematuhan... Mana x nya, lepas 1 April ni, Caw Audit Syarikat akan bertukar menjadi Caw Audit GST, jumlah syarikat yg akan diaudit pun semakin bertambah.. tu yg nak tambah pegawai Audit juga kan??? 

Semoga ibu lebih bersemangat utk menjalankan tugas..
sebabnya bhgn Audit ni kami ada target, dari segi jumlah fail dan amaun yang dikutip..
Sapa yang terbaik insyaAllah ada ganjarannya.. kerja bertarget macam ni baru mencabar kan??
InsyaAllah ibu akan buat yg terbaik, utk diri sendiri, jabatan dan negara.. Aamiin 

8 comments:

  1. Salam Sejahtera Puan,


    Puan jangan lupa update bila lagi pengambilan Penguasa Kastam w41 untuk intake ke 2 dan ke 3 pada tahun 2015...Setahu saya, intake bagi 26 Januari ini telah pun dipanggil...Malangnya ranking saya masih teramat jauh...huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo yg tu saya x boleh nak update nancy sbb hanya pihak AKMAL dan pengurusan je yg tahu.. sorry :(

      Delete
  2. @Nancy San, sy pun belum dipanggil lagi. hopefully intake yang akan datang dapat la sangkut.

    ReplyDelete
  3. agaknya ranking saya mesti jauh lagi @Edi RIzal...huhuhu...bersabar je kita ye...

    ReplyDelete
  4. Salam @Nancy San & Edi RIzal. Sy cadangkan jom join group FB 'Calon Simpanan Penguasa Kastam W41 Oct 2014'. Kt situ banyak share info2 terkini buat calon2 simpanan macam kita ni. Sian juga pada Kak Yatt.

    ReplyDelete
  5. ok jer Pujangga Rindu.. mana yg saya boleh jawab, saya jawab :)

    ReplyDelete
  6. owh..maaflah kalau saya terlalu banyak tanya..bukan apa, saya memang dah join group FB tu cuma too much rumours..so sebab Puan Yatt dah mmg Pegawai KDRM, kat Puan lah saya tanya...sorry ya..

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...