Ibu ada followers ke??

Saturday, January 17, 2015

Suasana kerja baru | Kastam Vs Audit

ibu dah dapat bilik.. tapi kena share dengan senior yang dah 8 tahun keje..  ok laa.. mudah nak bertanya, maklumlah budak baru belajar.. :)

kat kastam ni x mcm kat Audit, W41 lebih ramai dari W27.. So bila berlaku pertambahan pegawai, bilik x bertambah, mcm ni la jadinya...
tapi seriously ibu x kisah pun... ibu ada suarakan yang ibu x kisah pun even kena duduk luar asalkan ada partition..
tapi kami pegawai kanan x boleh dok luar katanya... kami ada dokumen2 rahsia client yang mesti dijaga dengan baik... dan bilik wajib dikunci...
ni dia work station ibu.. 
ala, apa kisahnya ada bilik ke xde bilik kan??
 yang penting kualiti kerja.. kami kerja ber'target'.. dari segi jumlah fail dan hasil kutipan dalam setahun...
performance keje mesti terbaik! sama ada capai target atau tidak.. lagipun kalu client datang kami digalakkan berjumpa di bilik mesyuarat, bukan dalam bilik sendiri.. sbb ia boleh menimbulkan syak nanti..  huhu
ibu masih boleh berpakaian kurung?? yes.. ibu masih berpeluang untuk ber'jangok' dengan baju kurung..  setiap hari khamis pegawai kanan digalakkan berbaju batik..
dan Alhamdulillah, setiap pagi khamis kami berkesempatan juga   membaca surah Yassin secara berjemaah... kat Audit dulu xde... 
ni pun ibu nak tunjuk.. tumbprint.. rekod waktu sampai pejabat dan balik..
x boleh la nak minta tolong kawan2 punchkan kad perakam waktu macam dulu2 kalu terlewat.. hahaha 
kesimpulannya, ibu happy dengan keje sekarang..
suasana baru, bos baru, nature keje baru, persekitaran keje baru, kawan2 baru.. macam2 lagi la yg baru...
ibu rasa lebih tenang dan lebih rileks sekarang.. 
sebabnya nak pegi keje just sarung tshirt lengan panjang atau blouse je.. sampai opis baru sarung uniform...
tudung kastam bagi pun ibu sarung jer.. x macam dulu amik masa nak berbelit2.. (khamis xpe la, sehari je pun).. 

cuma keje sekarang lebih menarik dan memerlukan daya pemikiran yang kreatif macamana nak dapat dokumen dari client dan nak dapat balik hasil yg kurang dikutip..
sebabnya auditi kastam pun cerdik juga.. x macam auditi Jbtn Audit, Agensi Kerajaan mudah bagi dokumen utk diaudit sebab dorang xde motif pun nak sembunyi dokumen kan???
So, setiap hari pegi keje mesti set mind nak korek rahsia.. hahaha.. macam detective conan la pulak kan..

Hopefully, ibu terus seronok bekerja dan hari2 yang dilalui dirasakan sangat berharga.. mana x nya, sejak keje kastam ni, waktu dirasakan begitu pantas berlalu.. sedar2 dah nak balik.. mungkin sibuk kot.. :)

9 comments:

  1. assalamm..
    saya nak tanya.. if kita dari skim yang sama; contohnya skim perkhidmatan sosial (S) jawatan penolong pustakawan s27, dan jika ditawarkan ke gred yang lebih tinggi iaitu S41 - pegawai penerangan, adakah tangga gaji akan dibayar dengan gaji plg hampir dengan jawatan skrg? adakah perkhidmatan sebelum ini dikira juga?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. sekiranya gaji akhir masa S27 lebih tinggi dari S41, ia akan laras mengikut gaji terakhir awak.. contoh masa S27 gaji rm2400, S41 rm 2100, so dia akan laras gaji akhir iaitu rm2400 yg terdekat dgn angka tu r.. tapi kalu gaji S27 RM2000, awak akan dpt RM2100 as basic... faham x?? kalu x fhm boleh whatsapp 0137378394

      Delete
    2. ok...noted:) terima kasih atas penerangan... for info, sy merupakan calon simpanan untuk pegawai penerangan.. tggu rezki if dipanggil masuk ke jabatan penerangan..tu yg tanya..hihihi..

      Delete
  2. Tahniah kak yatt. Rezeki akak, suami n anak2. smoga slalu dlm redha n lindungan Allah. saya nak tnya akak. berapa kali pngambilan kastam? mksudnya simpanan lantikan ke lantikan tetap dlm setahun?

    ReplyDelete
  3. bila baca post kak yatt ni, dpt rs aura seronok keje kastam. perlukah saya terima jwtn ni bila dpt offer nnti... ???? byk rs yg berbelah bagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa2 pekerjaan pn ada susah senangnya.. tgk bahagian.. apa2 pun kalu ssh nak buat keputusan, jgn lupa solat isktiharah

      Delete
  4. kak.. kalau tak nak pakai tudung yg kastam bagi boleh tak? kita pakai sendiri punya tapi warna sama. huhu. tq :)

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...