Ibu ada followers ke??

Sunday, February 22, 2015

Hobi baru anak2 ibu

Lately anak2 ibu suka ngat nak buat tulisan jawi... ntah.. xtau nape..
along pn dah menunjukkan prestasi yg agak baik.. kalu adik x pandai pn ok lagi sebab baru 7 tahun kan.. tapi skrg ibu tgk sama naik dah ngan abang.. menunjukkan minat yg baik..

Saturday, February 21, 2015

Jalan-jalan Kok Lanas Kelantan

Update langsung otw balik ke umah kita..
21.2.2015 Sabtu..
hari ni kita ke umah abg sarhan, kat kg Kok Lanas Kelantan sebab mak ayah abg sarhan adakan kenduri doa selamat untuk Kak G sempena baby kak G berusia 7 bulan.. 
macam zaman2 ibu dulu la jugak masa mengandungkan along & adik.. kalu kat Johor dipanggil lenggang perut.. 

Friday, February 20, 2015

Hilang rindu dendam

Cuti raya cina.. plan nak balik kluang, kampung ibu.. tapi x jadi..
ayah ada hal.. sedih :'(
Tetiba dapat whatsapp dari mksu...
hilang rindu dendam ibu kat atok nenek Johor.. :)
Mereka di majlis kawen jiran sebelah rumah..

Wednesday, February 18, 2015

Selamat Maju Jaya my dear | Kak Yatie Hamat

Ini dia bff ibu yang diraikan... Kak Yatie Hamat.. 
akan bertukar ke JAN Perak..
Alhamdulillah.. dapat jugak balik kampung.. kebetulan baru beli umah di Perak, baru siap renovate.. asben pulak dapat tukar jugak ke Perak sebelum berpencen..
Alhamdulillah murah sungguh rezeki Kak Yatie

Balik keje jumpa si jantung hati

semalam ayah bawa anak2 datang bandar.. semata2 nak beli cd baru utk game PS2 anak2 dan beli sticker untuk basikal masing2.. itu je nak beli.. hahaha

Perhimpunan Setia & Mesra

Menjadi amalam JKDM Trg untuk mengadakan Perhimpunan Setia & Mesra setiap bulan..
Perhimpunan kakitangan bersama Dato' PKN..
Dato' akan berucap dan menyampaikan amanat2nya dan x lupa untuk menyambut hari lahir kakitangan JKDMT pada bulan tersebut..
Alhamdulillah.. bulan Feb ni ibu pun dirai jugak.. semua yg dirai kena potong kek ok! :)

Proud of you my bro

TAHNIAH Paklong!!!
atas kejayaan menjadi AGENSI NO. 1 di Malaysia...
PENGHIJRAHANmu (dari syarikat MCIS yg conventional), KETABAHANmu memulakan semula dari 0, KEKUATAN HATImu mengharung dugaan dan cubaan, akhirnya dalam masa setahun dapat membina kembali KEJAYAAN yang dulu.. Alhamdulillah...

Sunday, February 15, 2015

Along join pengakap

 Macam ni la ada anak bujang.. dah darjah 3 so kena join pakaian berseragam.. setiap selasa kena pakai..
semalam cari kelengkapan baju pengakap along kat pasaraya Xiri wakaf tapai jer... mujur ada belaka...
petang sesi menjahit logo2 ni pulak..

Saturday, February 14, 2015

Jogging @ pantai kelulut Marang

hari ni tetiba ayah ajak pegi jogging kat Pantai Kelulut Marang..
ubah angin pantai katanya.. yang nak joggingnya ibu je pun.. anak2 nak main jer.. ayah pulak jadi pemerhati jer sebab nak kawal budak 2 orang ni takut terjun laut.. hahaha

Aktiviti hujung minggu kat rumah kita

Dah menjadi rutin skrg ni, every weekend mesti kena ada satu masa untuk ibu berjogging atau bersenam..
hari keje x sempat nak bersenam.. harap naik turun tangga kat opis jer sbb lif rosak.. itupun tingkat 2 jer..

Friday, February 13, 2015

Selamat Hari Lahir Ibu | sweet 23... ehhh 32

12 Feb 2015.. 32 tahun sudah ibu bernafas di dunia ni..
Alhamdulillah.. dikurniakan segalanya.. suka duka dalam kehidupan... semuanya harus dilalui dengan penuh rasa syukur.. :)
(haiqal baru bangun tido dalam keta tadi)

Wednesday, February 11, 2015

Peringatan

Iklan.. iklan.. iklan...
Adakah anda sudah bersedia??
Adakah anda telah berdaftar???

Sunday, February 8, 2015

Aktiviti sihat | daki Bukit Besar

8 Feb 2015 Ahad
Pej ibu anjurkan program mendaki Bukit Besar sempena Hari Kastam Sedunia ke 33 pada 26Jan..
Menjadi amalan di JKDM, sebulan dari Hari Kastam, semua negeri perlu mengadakan aktiviti yg berfaedah dalam tempoh sebulan, iaitu sehingga 26 Feb ini..
Seawal 7.30pg kami semua dikehendaki berada di kaki bukit untuk streching sebelum mula mendaki..

aktiviti hujung minggu | jom bakar lemak degil!!

Jumaat pagi yang indah.. kita menghabiskan waktu pagi kita disini..
di Stadium tertutup Gong Badak.. berjogging.. bertolak dari rumah jam 7.30pagi..

Thursday, February 5, 2015

renew roadtax

1st time renew roadtax sendiri guna mesin kat kiosk JPJ ni...
Sonang jer rupanya.. x sampai 5 minit pun.. :)
selama ni agent buatkan tapi this time ibu buat insurans dengan Takaful Malaysia Berhad, satu2nya syarikat takaful yang 100% patuh syariah by Suruhanjaya Sekuriti... :)
kalu suruh syarikat buatkan kena charge RM20, better buat sendiri, benda senang je pun kan??

Monday, February 2, 2015

Selamat Maju Jaya Puan Ina

2 Feb 2015, isnin
majlis perpisahan untuk Puan Ina yg naik pangkat drpd W17 kepada W22 dan akan lapor diri di JKDM Kelantan pada 4 Feb.. 
pagi tadi majlis perpisahan untuk 4 pegawai yang bertukar anjuran Bhgn Pentadbiran..
petang ni anjuran Bahagian Pematuhan pulak..
makan free je la hari ni.. ermmm rosak diet ibu..  hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...