Ibu ada followers ke??

Saturday, February 14, 2015

Aktiviti hujung minggu kat rumah kita

Dah menjadi rutin skrg ni, every weekend mesti kena ada satu masa untuk ibu berjogging atau bersenam..
hari keje x sempat nak bersenam.. harap naik turun tangga kat opis jer sbb lif rosak.. itupun tingkat 2 jer..
Pagi ni ibu jog kt kawasan umah jer.. bangun seawal 6.30pg.. then lepas solat lepak2 jap kt bilik sebelum masuk dapur buat breakfast..
boleh je nak turun tanah awal berjogging tp sejukk.. maklumlah dok kampung.. awal pagi sejuk giler.. dgn anak2 pun x bangun lagi.. x best buat aktiviti sorg2.. ayah xde r nk jog2 ni.. body fit dah kan?? hari2 keje pun dah keluar peluh..
Lepas jog, anak2 ajak main badminton pulak... sementara tggu kain baju memusing dalam mesin basuh... buat 2 keje dalam 1 masa.. best jugak.. keje pun siap, badan pun sihat sebab kuar peluh... hihi
Mek farah ni mmg pandai main badminton.. pukulan bola disambut sokmo.. boleh la bagi galakan kat dia wakil sekolah utk badminton ni.. sbb SK Tanggol mmg aktif sukan bola jaring, bola sepak dan badminton peringkat daerah seterusnya negeri..
ibu tahu tu masa ibu attend mesyuarat PIBG tahun lepas kot..
Penat main badminton, main basikal pulak..
Pandai dah mek farah gohet basikal sejak2 dia kurus ni.. hihi
Habis aktiviti pagi ni lebih kurg jam 11.00 pagi.. agak lewat tp okla.. aktiviti kt rumah je...
pasni baru la anak2 mandi dan makan pagi.. td ibu buat nasi goreng.. ibu lak kna jaga mkn so mkn telur separuh masak 2 biji saje... not bad.. kenyang gak... lepas solat Jumaat baru ibu masak makanan lunch pulak..
then kita buat lagi aktiviti macam tadi disebelah petang.. malam kepenatan.. zzzzzzzzzzzzz  awal.. 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...