hari ni tetiba ayah ajak pegi jogging kat Pantai Kelulut Marang..
ubah angin pantai katanya.. yang nak joggingnya ibu je pun.. anak2 nak main jer.. ayah pulak jadi pemerhati jer sebab nak kawal budak 2 orang ni takut terjun laut.. hahaha
bawa jugak scooter sorang satu
10 round done!
rehat jap then buat regangan badan sebelum balik..
si anak dara follow jer apa ibu buat.. yg abang pulak banyak menyakat.. tengok pun macam x bape sihat je tubuh abang..
amik angin katanya.. nak main pasir & air pantai ayah x bagi... kang berpasir dalam keta..
nak balik dah.. nak cari kedai makan pastu nak gi pasar pagi kejap cari lauk dan apa yg patut..
lepas makan pagi, kita ke pasar Marang.. pasar kat sini memang bersih dan lagi best compare kat Wakaf Tapai.. semua ada.. haha
layan budak2 kat playground sini dulu..
sebelah jer dengan playground tadi
kat pasar marang cari lauk.. sini ikan2 semua fresh.. baru naik darat.. harga macam biasa la.. padan la dengan fresh dia tu kan? suka beli lauk pauk kat sini..
sampai umah lebih kurang jam 11.30pagi.. terus kena masuk dapur masak untuk lunch.. ermmm penat pun x hilang lagi tapi apa nak buat.. dah tanggungjawab... :)
No comments:
Post a Comment
My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!