Ibu ada followers ke??

Saturday, February 21, 2015

Jalan-jalan Kok Lanas Kelantan

Update langsung otw balik ke umah kita..
21.2.2015 Sabtu..
hari ni kita ke umah abg sarhan, kat kg Kok Lanas Kelantan sebab mak ayah abg sarhan adakan kenduri doa selamat untuk Kak G sempena baby kak G berusia 7 bulan.. 
macam zaman2 ibu dulu la jugak masa mengandungkan along & adik.. kalu kat Johor dipanggil lenggang perut.. 

kita gerak ke Kelantan dalam pukul 9.00 pagi dengan family ayahchik.. saje la kita nak rai majlis orang kan.. kongsi kegembiraan..
Anak dara dok seat depan.. along naik keta ayahchik.. ibu dok sensorang kat belakang boleh selfie.. hihi
Ibu lupa nak snap gambo masa majlis di umah abg sarhan.. sibuk kat dapur tolong2 apa yg patut.. gambo kak G pun lupa nak snap. Haha
aktiviti majlis, lps solat zohor, jemputan datang buat solat hajat.. pastu ada tahlil sikit2.. then makan...

Bawah ni kami singgah pantai rhu sepuluh, penarik..
Benti makan sotong, ikan celup tepung.. coconut shake..yummy
pastu wajib singgah playground..
Ada kanak2 riang dan over aktif la katakan...
Memang x boleh dok diam
Ramai sangat orang.. cuti sekolah kan..
Tenangnya pemandangan.. 
Jom makan aiskrim seround
Pukul 6.45 ptg kita gerak balik..
Esok cuti la lagi sehari.. nk rehat.. isnin baru start keje.. anak2 selasa baru sekolah..
ermmmm byk lagi fail x setel tu tp memandangkan anak2 x sekolah kena la cuti jgk..  ermm happy holiday member2 semua!! 

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...