Ibu ada followers ke??

Tuesday, January 10, 2012

rumahku syurgaku

along & farah,
ini la rumah kita
tempat kita berlindung daripada hujan dan panas
rumah ni adalah rumah peninggalan arwah Toki (bapa kepada ayah)
tapi sebelum arwah meninggal, sempatlah arwah mewasiatkan rumah ini kepada ayah
masa ayah berusia 18 tahun lagi, arwah toki dah tukar nama ayah kat geran tanah ni
memandangkan ayah yg bongsu dan xde rumah lagi
walaupun rumah ni jauh daripada tempat keje ibu, tp ia lebih baik jika nak dibandingkan jauhnya ayah dgn ibu masa ibu bekerja kat Kuantan dulu
apa yang terjadi pasti ada hikmahnya
semua itu buat ibu rasa lebih bersyukur
saja ibu amik gambar rumah ni sebelum dicat
Lama dah Tok rancang nak cat rumah ni, tp anak sedara Tok (tukang cat) ada projek lain yg belum siap
x lama pas tu, tiba lak musim hujan
itu yang tergendala sampailah sekarang
nanti bila dah cat, ibu akan upload gambar & buat entry yg baru
perancangan ibu & ayah, kami nak buat rumah baru atas tanah ni
tp memandangkan Tok masih ada, dan tentu dia sgt sayangkan rumah peninggalan arwah Toki ni,
jadi kami pendam dulu niat yg ada...
semoga satu hari nanti, impian ibu & ayah akan terlaksana..Amin..


No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...