Ibu ada followers ke??

Sunday, January 15, 2012

sian anak ibu

alkisahnya, bgn pagi jumaat tu, along merengek2 mcm x sedap badan
bila ibu rasa badan along, ada hawa2 nak demam
so pagi tu ibu bagi along makan ubat demam
sambil along berbaring tgk tv, kepala kena tepek dgn tuala basah
panas pun dah mula kebah
nampak dah ok
tengahari tu ayah balik dari kebun, ayah rasa along panas semula
ibu bagi lagi ubat demam kat along dlm pukul 2ptg
pastu bila tgk along kerap buang air besar,najis lak cair
tambah lagi badan along dh menggigil kesejukan, ayah ajak hantar along ke hospital hulu terengganu
sampai kat sana, Pen Peg Perubatan (PPP) cek suhu badan along dah 39 darjah celcius lebih
panas tu..padahal pukul 2 ptg baru je bg ubat
then PPP cek tekanan darah lak
3kali PPP cek, tekanan darah along tinggi
x munasabah lak dgn usia
mula tu guna mesin utk budak2, then try lak mesin org dewasa
result tetap sama
ibu x ingat bape bacaannya..
kemudian PPP kata mesti nak amik darah & testing
takut ada penyakit lain lak
sian anak ibu, PPP tu cucuk 3 tempat baru jumpa urat along
menangis mcm apa, ibu tahan jer sebak dihati tgk along nangis
lepas cucuk kali kedua tu, ayah kat luar bilik pun sampai masuk ke bilik sbb nak tau kenapa along menangis
ayah dah surrender, x bg PPP amik darah along
ayah kata balik jer la, x sanggup tgk along menangis mcm tu
tp ibu marah ayah sbb kalu balik rumah nanti, penyakit lain lak yg dtg
kena gi hospital balik
then, ibu srh jugak PPP amik sample darah utk dikaji
kali ke3 tu PPP lain yang amik
baru la ok...
ayah mmg bengang ngan PPP yang awal tu sbb sambil menyucuk, sambil bercerita
sambil lewa jer...
sian anak ibu...lepas kena cucuk tu along kata
''pas ni sy x nak dah pegi hospital, sakit ibu''
sian along
tggu dalam 3 jam gak la nak tggu result along
lepas maghrib, dapat result...doktor kata darah ok
xde masalah....then, cek tekanan darah lagi guna mesin org dewasa
mula2 cek, darah along tinggi lagi, ibu pun dh berdebar
takut kena masuk wad
then, cek guna mesin kanak2 lak, barula normal....lega...
boleh la balik...along dibekalkan ubat demam & air garam jer..ayah tolong tiup tangan along yg sakit...
sementara tunggu result darah along
adik riang berlari2

mlm tu start pukul 12 mlm ke 12 tghari, ada lebih 20 kali along buang air lagi
tido mlm mmg x lena..asik2 pegi toilet
walaupun along nampak aktif mcm biasa pagi tu, tp ibu & ayah x sedap hati sbb along still berak2, najis cair lagi
tp yg pelik, along boleh makan 3-4 suap & boleh la nak minum susu
sampai hospital, jumpa balik PPP ptg semalam
ibu cerita pasal along still berak2 walaupun dh x demam
then PPP kata kalu mcm ni kena masuk wad la sbb dah 2 kali datang
takut jadi apa2 lak
ibu pun dah redha kalu along kena masuk wad, daripada jadi benda lain lak
tangan along mcm semalam la, kena cucuk lagi utk masuk air
along ditempatkan sementara dalam bilik PPP tu sebelum dihantar ke wad
ibu sempat balik umah, siap2 kemas baju & keperluan along
kemas baju ibu lagi sebab nak outstation ke besut
sesampai je kat hospital semula, ayah & along dah tunggu kat depan hospital
doktor bagi balik sbb dia kata along nampak aktif, x muntah
tapi doktor x lupa bagi bekas utk amik contoh najis along kat umah & hantar balik ke hospital hari ni
ayah la yg uruskan semua tu memandangkan ibu dah ke besut hari nibadan along dimasukkan air 1 paket

berat hati nak tinggalkan anak ibu, tp apakan daya..ibu keje
tp ibu tgk along dah ok pagi tadi..
mlm td pun berak sekali jer...then pagi tadi najis dah hala ke keras sikit
pagi tadi sempatlah along ikut ayah hantar ibu ke opis
along x sekolah hari ni...xtau la esok dah boleh sekolah ke belum..
dikala ibu buat entry ni, ibu berada di besut
sedih ingatkan along......

along dah ok, boleh balik dah...
sempat ibu belikan mainan baru
igtkan jadi duduk dalam wad, takut along boring, tu yang ibu belikan mainan..
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...