Ibu ada followers ke??

Monday, January 2, 2012

yeay! esok cuti (updated)

esok cuti??nape eh..
sebenarnya, along nak mulakan sesi pra sekolah pada esok hari, 3.1.2012
tu sbb ibu pun siap2 amik cuti sebab nak hantar along ke sekolah
Anak-anak ni rasanya lebih suka kalu ibu yang hantar ke sekolah...
agaknya la kot
sebab along selalu tanya, ''ibu, esok ibu hantar sy gi sekolah ke?''
sebak pulak bila dgr anak tanya macam tu
pagi tadi sebelum gi keje, ckp dh ngan along yang ibu akan bercuti esok dan hantar dia gi sekolah
punyala happy dia
meleret senyuman sampai ke telinga...

kat bawah ni ialah gambar along tahun lepas
masa mula2 masuk pra
bermakna, tahun ini adalah tahun kedua along di pra sekolah
semoga along lebih berminat nak sekolah pada tahun ini
sebab tahun lepas, cikgu cakap along lebih suka main dan xnak belajar..huhu

Persiapan along nak sekolah:
1.tempah 2 helai kemeja yg baru bewarna peach (sama mcm dlm gambar)
2.2helai seluar slack hitam
3.beg baru (adik pun tumpang sekaki dpt beg baru, padahal dia x sekolah lagi..siap ada roda tu..aish~)
4.peralatan menulis/melukis yang baru
semua baru kecuali kasut sebab 2psg kasut tahun lepas masih molek dan nampak baru. mungkin sebab along masuk kelas x pakai kasut kot..hehe
peace yo

sambungan daripada entry yang lepas,
masa buat entry ni, kamera ibu rosak & ibu x dapat nak upload gambar beg sekolah along yang baru
dan inilah beg sekolah yg along demand sangat tu
otw nak beli beg baru, along kata
''ibu, saya nak beli beg gambar ultraman ada roda eh..mcm kawan saya punya. kalu xde, x payahla beli beg baru.pakai beg yang lama jer''
kesian la pulak ibu dengar
tp Alhamdulillah, jumpa gak kat kuala berang
kalu x jumpa, kena ronda satu bandar kuala terengganu la gamaknya...aduih~daa.....


No comments:

Post a Comment

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...