Ibu ada followers ke??

Sunday, January 8, 2012

weekend yang success

weekend 6- 7.1.2012 merupakan weekend ibu yang sgt2 success setakat ini
mana x nya, ibu boleh siapkan 6 pasang baju kurung
ibu sendiri pun x percaya yang ibu boleh buat
setakat ni, biasanya weekend ibu cuma boleh siapkan dalam 2-3 pasang
seperti kebiasaannya, sebelum memulakan projek menjahit,
awal pagi mesti dah siapkan sarapan, siapkan anak2 bila dorang dah bangun,
masak tghari pulak
jam 1/2 ptg kena tidokan anak2 lagi
last2 ibu pun tertido sama...
kalu x setel semua tu, bisingla ayah
tapi ayah pun banyak membantu
basuh baju, sapu umah & jaga anak2
petang mmg free sebab giliran ayah lak bawa anak jalan2
dapatlah menjahit dgn aman sekali
tp kadang2 x aman gak bila along & farah keje nak berbalah jer..
yg sorg suka mendengki, dan sorg lagi keje menjerit
last2 ibu pun jadi tarzan..
aduh~ pening kepala ibu

kebetulan weekend ni, semangat ibu nak menjahit membara2
itu yang boleh siap tu
kalu time mood malas datang
baju sendiri pun x layan
ok la, layan je baju2 yang telah selamat disiapkan...

baju ibu sendiri
baju kawan ibu, cik yan
baju anak cik yan, elya & sepupunya saffiya
tgk baju budak2 ni, rasa pas ni nak buat baju kurung utk si comel farah lak
maklumlah sekarang ni dah start mengaji
comel sikit bila pakai baju kurung
hari ni pun ibu dah borong tudung2 utk dia
malas rasa nak buat
beli je senang...huhu

2 comments:

  1. nnt siap2 anak2 aku pakai bj kurung nnt aku post dalam blog yer..tqvm sebb comel sangat baju kurung yg ko jahitkann..

    ReplyDelete
  2. ye ke..alhamdulillah..ada gak org nak puji...aku jahit bodoh2 jer..boleh r nak isi masa lapang..hehe..pas ni nak cari kain utk buat baju farah lak..sbb tgk baju anak ko comel lak bila dah siap...

    ReplyDelete

My Dear, Terima Kasih Kerana Tinggalkan Komen Anda!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...