Ibu ada followers ke??

Thursday, December 31, 2015

Selamat Pengantin Baru Pija | Tumpat Kelantan

18.12.2015, Jumaat
Majlis perkahwinan kawan ibu, ex-staf Jabatan Audit, Pija.. 
pernah 1 team Audit dengan ibu dulu2 

Kursus di Pulau Langkawi

29 Nov - 3 Dis 2015
Ibu yang saje2 gatal apply kursus Auditan GST di Langkawi
Tapi kursus tu memang pernting pun dengan keje ibu skrg..
28 Nov ibu fly ke Langkawi, transit KLIA..
babai ayah.. babai anak2.. :)
Ibu gi kursus dengan bos seksyen ibu, Pn Tini

Family Day | KASTAM Terengganu

11-12.12.2015, Program Hari Keluarga JKDM Terengganu
Diadakan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut
Jam 10.00 pagi kita gerak dari rumah

Majlis Perpisahan

15.12.2015, Selasa..
  Majlis perpisahan untuk Cif Muda dan 4 orang pegawai kontrak diadakan di Hazlan Bistro.
Memandangkan majlis tersebut diadakan waktu malam, terpaksa la ibu bawa bodyguard ibu.. huhu
Along x ikut.. bese la.. kalu cuti sekolah, umah makcik la dia check-in.. x nak dah ikut ibu gi mana2...

Monday, December 14, 2015

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-12 Tahun

7.12.2003 - 7.12.2015
sudah 12 tahun ikatan perkahwinan ayah  & ibu..
Alhamdulillah.. masih ditakdirkan bersama dan mudah2an sehingga akhir hayat.. aamiin~
Pada tarikh ni jugak ibu saje2 scan kandungan ibu.. maklumlah minggu lepas puas dah berjalan2 di Langkawi x hengat dunia..
angkat beg berat lagi.. lupa pulak yang diri ini tengah mengandung.. hahaha

Selamat Bertunang Adik Bongsuku

17 Oktober 2015
 Inilah adik ibu yang bongsu.. Siti Nur Azlin S.Hamid.. dikenali sebagai maksu dikalangan anak2 sedaranya..
umur baru 20 tahun tahun ni... 
Maksu selamat bertunang pada tarikh di atas dengan jejaka dari Melaka.. sudah bekerja...
dan InsyaAllah pada 25 Disember 2015 ni maksu akan berkahwin...
ehemmm.. muda lagi tu dah nak kawen.. x puas enjoy lagi tu.. huhu
(mengata orang, diri sendiri tu pun dulu kawen umur 20 tahun.. haha.. bulan 12 jugak.. hihi)

Weekend di Cameron Highlands

30 Oktober 2015, Jumaat
Seawal jam 7.00 pagi kita gerak dah ke Cameron Highlands..
Last minute plan, ptg Khamis otw balik keje ibu tetiba teringin sangat nak makan strawberi celup coklat... bila sampai umah, ibu sampaikan hasrat ibu kt ayah, Alhamdulillah ayah setuju..
Ayah pun faham keadaan ibu, bukan ibu yang nak tapi baby kot yang nak.. hahaha :)

Happy 1st anniversary to ibu

17 November 2014 - 17 November 2015
Happy Anniversary Tahun Pertama ibu bekerja di JKDM...
Semoga terus success dalam kerjaya ni dan seronok bekerja..
Mudah2an aamiin.. 

Wednesday, November 11, 2015

Alhamdulillah syukur.. akhirnya

Alhamdulillah syukur...
14.10.2015 (1 Muharram 1437H), good new di awal tahun..
pagi2 test urine sebab lewat datang bulan 2 minggu, syukur sangat x sangka ibu pregnant.. Alhamdulillah..
lama sangatlah ibu nak baby lagi..

Raya Haji 2015 | Kg Tanggol

Raya Haji 2015, kami beraya di Kg Tanggol jer.. memang giliran sini..
atok, nenek, family paklong, maksu beraya kat umah Makde di Jerantut.. x dapat la kita nak join sebab tahun ni giliran kg ayah..
lagipun ayah buat korban dengan adik beradik dia.. kena r ada kat kg kan... :(
 ini adalah gambar2 family ibu yang makde kirim.. sedihnya x dpt bersama mereka :(

Selamat Pengantin Baru Mekk Yana

 20.9.2015 - Hari bahagia utk bff ibu, Puan Liyana..
ore pasir puteh.. abe ore Perak..
Actually Puan Liyana ni bff ibu sejak kami sama2 lapor diri kat JKDM Terengganu.. tapi Liyana ni muda 5 tahun dari ibu... so umur dia skrg 27 la.. muda lagi dia..

Sunday, September 6, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 Tahun | Pantai Batu Buruk

 Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 Tahun 2015..
inilah kali pertama ibu bawa anak2 tengok perbarisan.. kebetulan ibu pun sertai perbarisan, tu yang anak2 ada peluang tengok sama..
sepanjang 8 tahun lepas ibu keje gomen, x pernah lagi la tengok perbarisan ni.. biasa kita bercuti ke lain atau dok umah jer...
InsyaAllah lepas ni boleh kita jadikan aktiviti tahunan kita..:)

Konvensyen KIK 2015 | AKMAL Melaka

11-14 Ogos 2015.. berlangsung konvensyen KIK JKDM Kali Ke 16 Peringkat Kebangsaan di AKMAL Melaka
ni adalah penyertaan pertama ibu... maklumlah ibu pegawai baru.. kena la sertai KIK ni tanpa gagal :( 
Arahan PKN tu.. haha 

So ibu kembali ke sini, AKMAL Melaka untuk KIK.. sebelum ni berkampung disini utk kursus asas penguasa kastam.. 7minggu

Sunday, August 16, 2015

23 Syawal | Majlis Raya PERKASA

Sabtu.. 23 Syawal
Majlis raya anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam (PERKASA) yang diadakan di Hotel Sumai, sebelah Primula Hotel.. 
Majlis bermula jam 3.00 petang

19 Syawal | Sambutan raya di Bahagian Pematuhan

Raya Day 19..
 Jabatan Kastam Terengganu biasanya setiap tahun buat majlis raya open kepada orang awam..
tapi tahun ni xde bajet kot.. so kami buat majlis secara tertutup jer..
setiap aras akan provide makanan masing2..
So bahagian ibu menu utama sate dan laksa penang.. nyum2..

gambo ni masa hari persiapan sehari sebelum majlis

16 Syawal | open house

hari ni kita pergi beraya di 2 tempat jer..

9 SYAWAL | Majlis Cukur Jambul Muhd Iman Irfan

Hari ni hari Sabtu... sekolah anak2 ibu ada buat sambutan hari raya peringkat sekolah..
pepagi buta mereka kena bangun mandi nak gi sekolah.. mula la anak2 buat peel sebab dah lama cuti kan??


8 Syawal | Beraya lagi kita

Tengahari raya ke 8 baru nak kuar beraya ke rumah sedara dan kawan2..

7 Syawal | beraya ke Kemaman kita

Raya ke 7.. kami beraya ke Telok Kalung, Kemaman.. 
umah abang ayah.. Ayahde

5 Syawal | beraya di Kg Tanggol

Raya ke 5, pagi kita x kemana-mana sebab ayah ada keje..
so petang tu kita beraya ke saudara mara di kg tanggol jer..

4 Syawal - Beraya di Terengganu

4 Syawal.. lepas Zohor siap2 nak gi open house umah bff ibu Cik Mazian kat Manir

2 Syawal - Kembara Raya

Comel betul budak tecik ni.. namanya Muhd Zakir.. kalu visitor blog ibu igt lagi, ini la anak sedara/baby yang pernah dibedah masa dalam tempoh pantang.. x igt usia dia bape hari masa tu.. entry disini.. 

Thursday, August 6, 2015

1 Syawal | sALaM aiDiLFITRI 1436H/2015

Hari yang dinanti telah tiba..
Rabu, 15.7.2015 kita gerak balik ke kampung ibu di Kluang, Johor..
dapatlah puasa sehari kat umah atok nenek..
masa ni kami benti rehat kejap kat Pekan Pahang..

Kejadian Sebelum Raya | Ohh Anakku ALong

Alkisahnya, seminggu sebelum menyambut Syawal, ibu dikejutkan dengan mesej dari guru kelas along mengatakan along tersembam kat sekolah gara2 bergurau dengan kawan2nya masa habis kelas.. habis bengkak dahi along.. sempat lagi cikgu sekolah tuam dengan ais masa mula2 jatuh tu... cikgu kata xde apa2.. x pengsan atau muntah masa jatuh tu..
ni la gambar dahi along yang bengkak tu

Tuesday, August 4, 2015

Berbuka 22 Ramadhan

22 Ramadhan, Khamis
hari malas nak masak juadah berbuka so ajak ayah berbuka kat kedai jer..
ibu balik keje siap2 booking kat kedai ni.. x ingat nama kedai.. kat Bukit Payung..

lagi.. disini kita berbuka

6 Julai 2015, 19 Ramadhan 
Isnin.. hari ibu keje... ayah plan nak berbuka kat luar lagi hari ni..
so balik keje macam biasa ayah & anak2 pickup ibu kat opis..
So ke sini la kita, Taman Pantai Batu Buruk..
ayah dah berkenan nak berbuka sekali lagi disini.. ni kali ke 2.. sebelum ni entry disini

Monday, July 13, 2015

Berbuka @ pantai batu buruk

 ibu x ingat bila ni.. tapi weekend la.. ayah ajak makan kat sini pulak.. taman @ pantai batu buruk.. kawan ayah suggest tempat ni..
sebenarnya kita dah biasa membeli makanan berbuka kat sini..
tahun lepas.. masa haiqal dok kat wad lama.. hari2 la ibu & ayah makan makanan berbuka kat sini..

Along & iman

 tengoklah abglong ni.. mata bertentang mata gitu dengan baby Iman.. suka ngat dengan baby kecit..
Along bila la nak ada adik lagi agaknya ek???

Sunday, July 12, 2015

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Kastam Negeri

26.6.2015 (Jumaat) akan diadakan majlis berbuka puasa bersama Pengarah Kastam Negeri dan jemputan dari JKDM Pahang dan Kelantan.. majlis ni diadakan di kuarters Panji Alam..
So hari rabu sebelum tu kami bahagian Pematuhan ni kena la kemas2/bersih2 apa yang patut as AJK persiapan tenpat..
ni geng2 kat Pematuhan.. 
dari kiri ibu, pn tini (bos seksyen ibu), kak lia dan yana..

Berbuka @ Taman Shahbandar

25.6.2015 Khamis.. 
hari gaji.. hari dapat bonus jugak.. 
So ayah ibu plan nak beli baju raya anak2 terus.. senang selesai awal2...

Wednesday, June 24, 2015

Juadah berbuka 6 Ramadhan

6 Ramadhan... saja la ibu nak up menu kita berbuka semalam...
Rezeki datang... ada org bagi ikan talapia.. ibu pun masak 3 rasa.. lening anak2 suka makan ikan 3 rasa..
Then, ibu beli kari ikan tenggiri sikit & kerutub daging.. ermmm sedap... Alhamdulillah...
kuih muih ada jugak beli se 2 jenis.. murtabak sedap pun ada..
air pulak hari2 wajib kisar tembikai.. fav ayah nak air tembikai..1 jug.. along air sunquick sejuk 1 jug kecik, adik air milo panas 1 gelas beso.. ibu teh o panas 1 teko... 4 jenis air setiap kali berbuka puasa.. :)
letih la jugoknya.. sampai uma pukul 6ptg.. terus rushing nak masak dan sedia apa2 yg patut dalam masa 1.5 jam.. mujur ayah dah tolong masak nasi.. ringan skit keje ibu... TQ ayah sebab tolong ibu :)

Tuesday, June 23, 2015

SALAM RAMADHAN 1436H

Hari ni dah 6 hari berpuasa..
tapi ibu baru berkesempatan nak post entry wish Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada semua kenalan ibu..
Tahun ni anak2 masih belajar berpuasa.. try nak sampai petang.. tapi untuk along ibu bagi puasa sampai jam 3.00 petang je sebab nak makan ubat.. masa 1st day puasa berjaya sampai buka tapi keadaannya amatlah menyayat hati.. lemah longlai.. dengan tubuh halus.. kesian along...   

Majlis pertukaran

16.6.2015 Selasa - pagi ibu ada exam jabatan.. ntah lulus ke x tu?
petang pulak seksyen ibu buat jamuan makan2 sempena menyambut Ramadhan dan merai pertukaran 2 orang pegawai ke bahagian Penguatkuasaan..

ni dia Puan Fida.. dah 3 tahun lebih berkhidmat di Pematuhan...


training & game netball

Lately sangat sibuk dengan kerja hakiki, x sempat ibu nak up story masa pegi main netball haritu...
8 Jun ibu gerak ke Kuantan untuk menjalani latihan netball bersama geng2 dari Kelantan dan Pahang.. so 9hb dah start training sampai 11hb.. siang malam ok! penat~
training dibuat di dewan SMK Astana, Jln Sungai Lembing.. tempat selection haritu..


Wednesday, June 17, 2015

Trip to Melaka

1 Jun 2015... ibu amik cuti
ayah ajak gi Melaka hantar anak sedara dia daftar di Uitm Jasin..
gi 2 keta, ayah drive keta ayahlong, ibu drive keta kita.... 6jam sampai ke Melaka...
Sampai2 di sana, kita tumpang tido umah Paklong... Paklong yg suggest.. katanya boleh jimat duit drpd menyewa hotel.. lagipun cuti sekolah ni byk hotel yg dah full booked!
Masa ni Paklong sefamily bercuti balik Terengganu.. kunci umah dia tinggal kat jiran depan umah :) baik sungguh hati Paklong..

Selection Netball | Sukan Kastam


31 Mei 2015 Ahad...
ibu ada pemilihan pemain bola jaring untuk mewakili Kastam pantai timur ke Sukan Kastam di Putrajaya dan Sabah... pemilihan di buat di Kuantan...
So 30 Mei kita gerak ke Kuantan dan menginap di hotel Grand Continental... almost hotels are fully booked!!!
Cuti sekolah la katakan.....

Saturday, June 6, 2015

Muhammad Iman Irfan | welcome to the world


30 Mei 2015
Lahirnya seorang baby comel, waris Muda bin Daud...
baby boy diberi nama Muhammad Iman Irfan bin Mohd Sarhan... 
Baby sulong Kak G... Kelahiran ini juga merupakan hadiah paling berharga sempena ulangtahun perkahwinan mama dan papanya yg ke 2 tahun ♡♡♡

Thursday, June 4, 2015

Bengkel KIK | Pejabat Kastam Kemaman

Waaaa.. this year agak sibuk... dgn keje hakiki.. dgn tanggungjawab sertai KIK lagi... haihhh.. pertandingan bulan 8.. sangat singkat masa nak prepare itu ini...
25 - 27.5.2015, ibu & geng KIK sertai bengkel di Pej Kastam Kemaman.. asyik buat kat Kuala Trg je, so kali ni buat kt Kemaman pulak.. adil utk group Kemaman kan?? :)


berkursus GST

20-23 Apr 2015.. ibu diarah berkursus di Bukit Jalil Golf & Country Resort, KL
Tajuk kursus off course la pasal GST.. Ada jugak peluang nak berbaju kurung sebab kursus bukan di Ibu Pejabat.. :)

ibu & member 1 batch, Pn Aida..

Tuesday, May 26, 2015

Selamat Maju Jaya AIZA

Hari ni buat majlis sikit sempena last day pegawai kontrak, Aiza... beliau dapat offer keje bank Rakyat di HQ KL... btw TAHNIAH AIZA!!
Tapi kalu ibu la, ibu stay je kt JKDM... keje bank ni busy.. masuk bank pagi balik lewat malam.. x kawen lagi xpe la kot... ramai kawan2 ibu keje bank sume nak keje gomen.. 

Monday, May 25, 2015

Jom Balik kampung | Kluang Johor

 8.5.2015 Jumaat
kami gerak balik Kluang Johor
khabarnya Atok x sihat.. suspek jantung.. maklumlah heavy smoker.. ibu doakan ABAH sihat2 hendaknya.. aamiin..

Anak dara ibu | Farah Aqilah

 Anak dara yang sekarang ni dah pandai melaram..
nurun siapa tu ek?? hehe

Lawatan Penandaarasan | JKDM Kelantan

  27 Apr 2015, ibu join lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).. kira sedara mara dengan Amalan 5S la.. cuma nama jer lain.. ibu as SU EKSA Induk pun menyibuk juga ke sini utk dapat pendedahan berkaitan EKSA.. :)
best.. boleh jalan2 tengok pejabat orang.. hihi

Sunday, May 24, 2015

Hobi ayah | lembu charolais

Wahhhh.. lama betul x update blog.. ibu busy ngat..
k la, kali ni nak citer hobi ayah yg baru...
bukan baru sangat pun sebenarnya, lama dah pun ayah bela lembu kan?? cuma kali ni bukan bela lembu kampung...

Tuesday, April 7, 2015

Wish me luck | Exam Undang_undang

8.4.2015 Rabu
ibu amik exam hari ni.. utk paper perlembagaan dan undang-undang am, kod 5102B, Bahagian B..
member2 ibu yg dlu dari jabatan lain, semua minta pengecualian tp kes ibu ni lain sikit...
Tempat keje lama ibu, Jbtn Audit Negara requirementnya just seat exam 5102A je dah memadai utk pengesahan jawatan.. tapi Jabatan Kastam ni nak kedua2nya sekali.. ermmm xpe r.. amik la jugak.. nak sah jawatan punya pasal kan...

Tuesday, March 31, 2015

Program Khidmat Masyarakat | Taman Agropolitan Setiu

JKDM Terengganu telah mengadakan program khidmat masyarakat di Taman Agropolitan Setiu.. tarikh ibu x pasti, cuma kami team bola jaring ke sana jugak untuk main bola jaring jer.. lawan team taman tersebut pada 24.3.2015 (Selasa).
pukul 2.00ptg kami bertolak dari wisma kastam dengan menaiki bas jabatan. 

cuti sekolah | Aquaria KLCC

Alhamdulillah.. sampai gak KLCC.. kita jarang ke KL ni kalu xde agenda.. Jalan KL pun x biasa.. Mujurla ada makcik Waze.. sampai jugak kat car park KLCC ni.. kesian kt kita kan? hihi

Sunday, March 29, 2015

Muzium Alam Semulajadi | Presint 15 Putrajaya

Jumaat, 20 Mac 2015 perjalanan balik ke Terengganu..
sebelum balik jom jalan2 dulu..

Riadah petang : Wall Climbing : Jalan2 PICC

day 4 di Putrajaya, Khamis
ibu balik keje, ayah & anak2 jemput then kita terus zoom ke Taman Cabaran.. tempat ni disuggest oleh kawan ibu. molek gok ajak anak2 mari sini.. kuarkan peluh sikit sebab asyik dok main game je dalam bilik hotel kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...